Bismillahirrahmanirrahiim
Artikel kali ini saya berkesempatan untuk menulis tentang kenapa telefon tiada signal dan bagaimana untuk selesaikan masalah tersebut. Secara amnya, anda akan melihat ikon pangkah, perkataan Emergency Call Only ataupun No Services di bahagian atas walaupun anda sudah masukkan simkad anda. Jom kita lihat penyelesaiannya.
Kenapa Telefon Tiada Signal
Dibawah saya akan senaraikan semua sebab kenapa telefon tiada signal terlebih dahulu.
- Kerosakan pada Peranti
- Setting pada Peranti
- Kerosakan pada Simkad
- Percubaan PUK lebih dari 10 kali
- Akaun sudah ditamatkan perkhidmatan
- Akaun dalam status Voluntary Suspension
- Akaun disekat atas sebab isu PDPA
- Akaun mempunyai masalah Home Location Register
- Diluar kawasan liputan
Pertama, mungkin handphone anda sendiri rosak. Sebab itu signal tidak boleh keluar. Jika anda ingin sahkan, boleh cuba beberapa keping simkad yang berlainan. Jika semua simkad tidak dapat mengesan signal, ia bermaksud telefon anda bermasalah. Sila bawa ke kedai baik pulih untuk lihat dan baiki kerosakan yang telah dialami.
Kedua adalah setting pada peranti. Ini lebih kepada kesilapan tetapan sahaja. Kebanyakan peranti sekarang telah menyokong instalasi dua simkad. Mungkin ada pengguna yang tidak sengaja sudah DISABLE slot sim tersebut. Oleh itu, bila masukkan sahaja simkad, memang tak akan dapat detect langsung. Solusinya adalah ENABLE kan sahaja slot sim tersebut.
Ketiga kerosakan pada simkad. Biasalah barang elektronik ini dikeluarkan secara bulk. Mungkin akan ada batch yang bermasalah. Boleh hubungi telco anda untuk semak memang simkad bermasalah atau tidak. Jika anda malas nak call, boleh sahaja swap simkad tersebut ke peranti lain. Jika peranti lain juga tiada signal berkemungkinan besar, simkad yang bermasalah. Sila gantikan simkad anda sebagai solusinya.
Keempat, ada juga pengguna yang salah masukkan PUK number simkad tersebut. Bukan sekali dua, malah sampai 10 KALI. Lepas 10 kali, simkad akan terus disable dan tak boleh pakai langsung. Sebab itulah simkad tersebut sudah tiada line. Solusinya adalah lakukan penggantian simkad.
Kelima, akaun sudah ditamatkan perkhidmatan adalah salah satu sebab Kenapa Telefon Tiada Signal. Oleh itu, simkad tersebut tidak akan ada lagi apa apa servis. Jika anda ingin dapatkan lagi nombor lama anda, boleh cuba hubungi telco anda. Untuk Halo Telco mereka masih lagi boleh aktifkan nombor tersebut. Sila semak link disini.
Keenam, akaun berada dalam keadaan Voluntary Suspension. Mungkin sebelum ini anda ada call telco anda untuk lakukan sekatan sementara disebabkan anda ingin pergi keluar negara dalam tempoh sekejap. Setibanya di Malaysia, anda lupa untuk bukakan sekatan tersebut. Sila hubungi telco anda untuk aktifkan semula line tersebut.
Ketujuh, akaun disekat disebabkan isu PDPA menyebabkan isu Kenapa Telefon Tiada Signal berlaku . Sekarang ini kebanyakan pendaftaran dilakukan secara online dan pengguna harus scan gambar IC mereka. Namun, selepas berjaya hantar, pihak telco biasanya akan lakukan review secara random dan jika dapati IC tersebut tidak jelas, maka mereka akan hantarkan SMS peringatan berkenaan sekatan tersebut dan harus hubungi mereka semula untuk kemaskini IC
Kelapan, akaun anda mempunyai masalah Home Location Register (HLR). Ini lebih kepada isu network telco. Jika ada masalah ini, biasanya mereka akan buka laporan dan proses bergantung kepada telco masing-masing. Bagi pengguna Halo Telco atau Tunetalk proses pembaikan mengambil masa dalam tempoh 24-48 jam sahaja.

Terakhir, anda berada diluar liputan. Oleh itu, anda cuma perlu berpindah dan berada di dalam kawasan yang mempunyai liputan. Itu sahaja.
Kesimpulan
Saya sudah terangkan semua isu tentang Kenapa Telefon Tiada Signal beserta penyelesaiannya. Semua faktor ini saya jumpa berdasarkan pengalaman saya bekerja di tiga telco yang berbeza. Diharap artikel ini dapat memberi maklumat yang berguna kepada anda semua. Terima kasih kerana membaca.
Alhamdulillah