Kenapa Line Jadi Edge Dalam Phone

rangkaian 2G

Bismillahirrahmanirrahiim

Pernah tak korang hadapi situasi yang mana tiba-tiba line menunjukkan simbol E ataupun Edge. Mesti korang mula terfikir kepada line jadi edge padahal sebelum ini okay sahaja. Jadi mari kita apakah itu line Edge, apakah faktor yang menyumbang kepada masalah tersebut dan solusinya supaya anda boleh kekal menggunakan line seperti biasa.

Apa itu line Edge

Sebelum kita menjawab persoalan utama iaitu kenapa line jadi edge, kita fahami dahulu maksud line Edge. Edge adalah Enhanced Data GSM Evolution yang mana ia boleh diklasifikasikan sebagai line 2.5G. Kelajuan maksimum yang boleh dicapai adalah sekitar 230 kbps dan ianya sesuai untuk penggunaan internet asas seperti penghantaran mesej dan juga email standard. Kalau korang duduk kawasan pedalaman, korang akan biasa dapat line Edge ini disebabkan jarak liputan yang cukup luas berbanding 4G dan 5G.

Kenapa Line Jadi Edge Dalam Phone

Ada banyak faktor yang menyumbang kepada masalah ini. Jadi kita akan lihat satu persatu kenapa masalah ini timbul.

  1. Setting phone : Mungkin korang secara tak sengaja telah memilih 2G only menyebabkan handphone korang hanya akan memaparkan rangkaian 2G.
  2. Kawasan : Mungkin korang berada diluar kawasan 4G dan 5G menyebabkan phone hanya boleh mengesan liputan Edge sahaja.
  3. Signal lemah : Faktor ini boleh jatuh kepada dua pihak. Pertama, hardware atau software phone korang yang ada isu ataupun kedua memang isu dari provider telco sendiri.

Cara Atasi Isu Kenapa Line Jadi Edge

Bilamana korang lihat perkara ini berlaku, jangan risau. Sila ikuti langkah-langkah dibawah untuk memulihkan rangkaian tersebut.

  1. Check setting, sama ada korang memang tersilap set kepada 2G Only.
  2. Reset Network Connection di dalam phone korang sama ada Iphone atau Android.
  3. Restart phone
  4. Keluar dan masukkan semula simkad
  5. Selepas On, Enable dan Disable semula airplane mode dan cuba on data.
  6. Sekiranya masih tidak boleh, cuba tukar kepada telefon yang lain.
  7. Sekiranya tidak boleh, cuba berada di kawasan lain
  8. Sekiranya sebelum ini kawasan tersebut rangkaian okay, tetapi baru baru ini sahaja keluar 2G atau Edge, hubungi telco korang. Mungkin ada network disruption yang sedang berlaku.

Kesimpulan

Isu line jadi Edge ini adalah isu yang biasa terjadi. Korang tak perlu panik. Cuba dahulu untuk lakukan basic troubleshooting seperti diatas. Kemudian jika dah cuba semuanya tapi masih lagi gagal, baru hubungi telco korang untuk semak sama ada terjadinya gangguan kawasan ataupun tidak ditempat korang. Selalunya gangguan kawasan boleh terjadi sekitar 1-5 hari, bergantung kepada kerosakan yang dihadapi.

Alhamdulillah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *