Cara Tukar Tarif Tunetalk Halo Telco

cara tukar tarif tunetalk

Bismillahirrahmanirrahiim

Hari ini saya berkesempatan untuk berkongsi dengan anda cara tukar tarif tunetalk Halo Telco. Pelan di dalam Halo Telco ini ada banyak, dan jika anda berminat dengan sesuatu pelan, ia harus selari dengan tarif yang ada. Contohnya, jika anda minat untuk beli Hi15, data plan ini hanya ada di Jimat sahaja, tiada di Epik. Sebab itulah penting untuk tahu cara tukar tarif Tunetalk ini.

Secara amnya hanya dua tarif sahaja yang boleh dilaksanakan iaitu Epik ke Jimat atau Jimat ke Epik. Tarif lama seperti Cun Value,Hi Value atau Molek tidak boleh dilaksanakan kerana ia dipanggil pelan legasi yang ingin ditutup. Jom kita lihat cara tukar tarif Tunetalk.

Cara Tukar Tarif Tunetalk Dari Jimat ke Epik

Pertukaran tarif dari tarif Jimat atau tarif legasi lain ke Epik adalah cukup mudah. Sila ikuti langkah dibawah untuk lakukan pertukaran tarif ke Epik.

  1. Klik pada Selfcare
  2. Klik pada Sim Services
  3. Klik pada Switch Tariff
  4. Pastikan New Tarif bertukar kepada Epik
  5. Klik pada Agree
  6. Pertukaran berjaya.

Sumber Facebook Rasmi Halo Telco

Sekiranya anda merupakan pengguna dari ToneExcel atau Tone Plus, anda harus merujuk kepada khidmat pelanggan untuk mereka bantu untuk bukakan laporan bagi pertukaran tarif tersebut.

Perubahan Tarif dari mana-mana penjenamaan TuneTalk (Cth. ToneExcel/Tone Plus/MYFONTP) ke Tarif HaloTelco, Perlu merujuk pada syarat dibawah:

Syarat-syarat penting pertukaran Tariff:

1. Nombor telefon ingin berpindah ke halotelco (ToneExcel/Tone Plus/MYFONTP) perlu didalam status tidak aktif (grace period) selama 15 hari.

2. Bantuan Pertukaran Tarif atas sebab ingin menjadi Rakan niaga/pengguna HaloTelco.

3. Dengan ini pelanggan BERSETUJU untuk bertukar tarif tarif ke Halo Telco, segala kebaikan yang ada dengan tariff lama contoh; (ToneExcel/Tone Plus/MYFONTP) termasuk mata ganjaran/baki/pelan data semua akan hilang dan tidak boleh dituntut.

4. Untuk pertukaran tariff, mata ganjaran akan ditolak sebanyak 300 points + 50% mata ganjaran yang sedia ada untuk ToneExcel/Tone Plus/MYFONTP.

5. Daftarkan SIMKAD baharu dengan nombor baharu.  Sekiranya syarat telah mencukupi dan dipersetujui oleh pengguna, mohon lampirkan butiran pelanggan seperti dibawah Nama Penuh:

  • Nombor IC/Passport:
  • (Sertakan Gambar Kad Pengenalan muka hadapan & belakang)
  • Nombor siri SIM kad Halo Telco (S/N) :
  • (Sertakan Gambar siri SIM kad)
  • Nombor Telefon:ToneExcel/Tone Plus/MYFONTPToneExcel/Tone Plus/MYFONTP

Proses yang diambil untuk penukaran tarif tersebut adalah dalam tempoh 24-48jam

Cara Tukar Tarif Tunetalk Dari Epik ke Jimat

Untuk melakukan pertukaran dari tarif Epik ke Jimat, ianya tidak boleh dilakukan melalui aplikasi. Anda harus menghubungi pihak khidmat pelanggan Halo Telco untuk mereka bukakan laporan kes bagi pertukaran tersebut. Secara amnya proses akan mengambil masa dalam tempoh 24-48 jam. Anda boleh semak dari masa ke semasa di dalam aplikasi untuk melihat pertukaran tarif tersebut.

Sila hubungi pihak khidmat pelanggan di Halo Telco dan gunakan format dibawah semasa membalas chat tersebut.

  1. Nama Penuh:
  2. Nombor IC/Passport;
  3. Nombor Telefon:
  4. Nombor Siri SIM (S/N):
  5. Sebab Penukaran Tariff : 

Jika pertukaran tariff ini berjaya dilakukan, pelan sedia ada (jika ada), akan terbatal, adakah encik/cik bersetuju? : Ya/Tidak

Selepas itu pihak Halo Telco akan membuka satu laporan dan memberikan nombor laporan tersebut kepada anda. Seperti yang diberitahu, anda boleh semak dari masa ke semasa di dalam aplikasi Halogo Lifestyle ataupun Halogo Partner.

Kesimpulan

Saya telah menerangkan tentang dua cara tukar tarif Tunetalk. Umumnya, jika pertukaran berlaku anda harus bersetuju bahawa semua data plan atau booster yang sedia ada akan dibatalkan serta merta. Oleh itu, dinasihatkan supaya anda gunakan semua data yang ada dahulu atau tunggu sehingga plan anda expired, barulah pertukaran dilaksanakan.

Alhamdulillah

Cara Tuntut Khairat Kematian Halo Telco

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *