Cara Share Kredit Tunetalk

Bismillahirrahmanirrahiim

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda cara share kredit Tunetalk. Bagi saya topik ini sangat penting lagi-lagi mereka yang mempunyai nilai kredit yang tinggi di dalam akaun. Contohnya, kredit sehingga RM 300 tapi langsung tak pakai. Ianya sangat bahaya disebabkan amaun tersebut tidak boleh dikeluarkan semula ke dalam akaun bank anda.

Bahaya Mempunyai Kredit Yang Besar di Dalam Akaun Prepaid

Mengapa saya kata bahaya? Sepanjang saya menjadi dealer, saya sudah melihat banyak kes orang yang mempunyai kredit sehingga beratus ringgit burned begitu sahaja akibat nombor tamat tempoh. Apabila nombor tamat tempoh semua kredit akan burned dan tidak boleh dipulangkan semula. Berbeza dengan postpaid, jika anda ada lebihan, selepas anda terminate line tersebut, lebihan akan dipulangkan semula di dalam akaun bank anda.

Malah, tidak ada keperluan untuk anda topup sehingga beratus ringgit di dalam akaun anda kerana kebanyakan pelan-pelan data yang disediakan telah merangkumi kebanyakan servis iaitu unlimited call, data dan juga SMS. Namun, jarang kita lihat plan yang menawarkan unlimited SMS. Oleh itu, jika anda memang tidak ada apa-apa perancangan untuk menggunakan kredit yang besar untuk penggunaan Pay as You use (PAYU), tak perlu topup banyak-banyak.

Rata-rata mereka yang topup sehingga beratus ringgit adalah mereka yang :

  1. Ingin roaming ke luar negara
  2. Kerap lakukan panggilan International Direct Dialing (IDD)
  3. Pembayaran untuk servis Direct Carrier Billing seperti Netflix
  4. Blast SMS

Cara Share Kredit Tunetalk

Terdapat dua cara share kredit tunetalk iaitu melalui aplikasi Tunetalk ataupun melalui USSD kod. Saya lebih gemar untuk gunakan USSD kod disebabkan tidak perlu menggunakan sambungan internet dan lebih mudah berbanding menggunakan aplikasi Tunetalk.

Share Kredit Tunetalk Menggunakan USSD Code

  1. Dial *111#
  2. Pilih No. 2 (Credit)
  3. Pilih No. 2 (Top Up Other TT Numbers)
  4. Pilih 2 (Air Time Credit Transfer)
  5. Masukkan nombor telefon penerima

Share Kredit Tunetalk Menggunakan Aplikasi Tunetalk

  1. Login ke dalam Apps
  2. Pilih More
  3. Klik Extra Services
  4. Pilih Credit Transfer
  5. Masukkan nombor telefon penerima dan jumlah yang ingin dihantar
  6. Masukkan TAC sebagai pengesahan dan submit.

Sila rujuk jadual dibawah untuk jumlah kredit yang boleh dikongsi beserta tempoh aktif yang diberikan.

KreditTempoh Sah
RM 31 hari
RM 53 hari
RM 103 hari

Syarat-Syarat Sebelum Ingin Lakukan Share Kredit

Selain tahu cara share kredit tunetalk, anda juga harus tahu apakah perkara-perkara lain yang perlu diambil kira sebelum share.

  1. Caj sebanyak RM 0.50 akan dikenakan kepada anda dan penerima kredit. Jika anda share RM 5, penerima hanya akan dapat RM 4.50 sahaja selepas tolak caj.
  2. Akaun penghantar kredit haruslah melebihi tempoh 60 hari.
  3. Status akaun penghantar dan penerima harus Aktif, tidak boleh pasif.
  4. Had share kredit harian adalah RM 10, manakala had bulanan adalah RM 100.
  5. Hanya boleh share di antara tariff mereka sahaja. Contohnya Tariff Jimat hanya dengan Tariff Jimat sahaja.

Kesimpulan

Saya sudah menerangkan tentang cara share kredit tunetalk yang mana sangat penting bagi mereka yang mempunyai kredit sehingga beratus ringgit tetapi tidak digunakan. Ingat, akaun prepaid anda bukan seperti bank, yang mana bila sudah ditukar dalam bentuk kredit, ianya tidak boleh dikeluarkan semula ya?

Alhamdulillah.

Sumber Rasmi dari Tunetalk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *