Cara Tukar Nama Pemilik Nombor Telefon Halo Telco

Bismillahirrahmanirrahiim

Pernah tak anda anda menghadapi masalah anda mempunyai satu nombor yang sudah lama anda gunakan tetapi nombor tersebut bukan milik anda. Contoh paling klasik adalah mungkin dahulu ayah anda ingin belikan satu nombor untuk anda tetapi disebabkan malas nak tunggu IC anda siap, maka ayah anda gunakan IC mereka. Jadi, nombor tersebut telah berdaftar dibawah nama ayah anda. Artikel kali ini akan menerangkan tentang cara tukar nama pemilik nombor telefon untuk pengguna Halo Telco

Kepentingan Tukar Nama Pemilik Nombor Telefon

Penukaran nama untuk nombor telefon amat penting pada masa hadapan. Contohnya jika anda ingin melakukan proses MNP Port In/Out, nombor tersebut harus didaftarkan dengan nama yang sama. Malah, mungkin ada juga yang ingin dapatkan claim penggunaan telefon, nombor tersebut harus didaftar dibawah nama pengguna baru boleh dapatkan claim.

Selain itu, jika simkad tersebut hilang dan anda ingin lakukan penggantian simkad, hanya pemilik asal sahaja mempunyai kebenaran untuk lakukan penggantian. Bayangkan jika nombor tersebut anda sudah lama gunakan dan banyak digunakan untuk urusan kerja, perniagaan, perbankan dan sebagainya, tiba-tiba simkad anda rosak ataupun hilang, bila ingin lakukan penggantian simkad, proses tersebut tidak boleh dilakukan disebabkan ianya tidak berdaftar dibawah nama anda.

Cara Tukar Nama Pemilik Nombor Telefon Halo Telco

Pemilik Nombor Telefon Halo Telco sangat beruntung kerana kebanyakan proses hanya perlu dilakukan secara online sahaja tanpa perlu pergi ke Service Center. Contohnya seperti telco Umobile, pemilik yang ingin melakukan penukaran nama harus datang ke Service Centre untuk lakukan pertukaran hak milik. Malangnya bagi penduduk di kawasan pantai timur, Umobile tiada Service Centre disana menyebabkan mereka perlu datang ke Kuala Lumpur atau ke Penang semata-mata untuk proses pertukaran hak milik.

Syarat-syarat am pertukaran hak milik.

  1. Nombor harus aktif sekurang-kurangnya dalam tempoh 6 bulan
  2. Ketika pertukaran hak milik berlaku status nombor harus aktif, bukan pasif atau sudah tamat tempoh
  3. Pemilik baru tidak mempunyai 5 nombor simkad Tunetalk yang aktif.
  4. Tambah Nilai sebanyak RM 200 di dalam nombor yang ingin ditukar milik.

Apabila syarat-syarat diatas telah dipenuhi, teruskan dengan cara tukar nama pemilik nombor telefon iaitu menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan.

  1. Gambar depan IC/Passport pemilik baru
  2. Gambar belakang IC/Passport pemilik baru
  3. Selfie pemilik baru bersama IC/passport
  4. Sijil Nikah atau Sijil Lahir pemilik baru
  5. Gambar depan IC/Passport pemilik lama (Jika pemilik asal masih hidup)
  6. Gambar belakang IC/Passport pemilik lama (Jika pemilik asal masih hidup)
  7. Selfie pemilik lama bersama IC/passport (Jika pemilik asal masih hidup)
  8. Sijil Kematian (Untuk pemilik asal yang sudah meninggal dunia)
  9. Borang pertukaran hak milik. Sila klik sini untuk download > Borang Pertukaran Hak Milik

Nota : Untuk pemilik asal yang sudah meninggal dunia, syarat tambah nilai RM 200 tidak perlu dipenuhi.

Selepas selesai menyiapkan semua dokumen yang diperlukan, sila hantarkan dokumen tersebut ke email support@halogo.my. Di dalam email tersebut sila lampirkan semua maklumat dibawah :

  1. Nama Pemilik Asal:
  2. NRIC/Pasport Pemilik Asal:
  3. Nama Pemilik Baru:
  4. NRIC/Pasport Pemilik Baru:
  5. Hubungan pemilik baharu & asal:
  6. Nombor Telefon (ingin membuat pertukaran hak milik):
  7. Nombor Siri SIM:
  8. Alamat:
  9. Nombor Telefon yang boleh dihubungi:
  10. Emel:

Proses akan mengambil masa sekitar 24-48 jam bergantung kepada ketepatan dokumen dan maklumat yang dihantar kepada pihak Halo Telco.

Kesimpulan

Saya sudah menerangkan tentang cara tukar nama pemilik nombor telefon untuk pengguna Halo Telco yang mana ianya sangat mudah untuk dilakukan kerana proses tersebut boleh dilakukan secara online. Bagi mereka yang masih lagi belum menukar nama mereka, cepat-cepat lakukan proses tersebut supaya tiada masalah dikemudian hari jika simkad anda rosak.

Alhamdulillah

Cara Setting SMSC Android

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *