Bismillahirrahmanirrahiim
Mesti anda semua stress bila nak buat sesuatu urusan yang memerlukan TAC, mesej TAC tak masuk sebagaimana yang diharapkan. Ia boleh terjadi untuk kesemua aplikasi sama ada aplikasi perbankan, ewallet ataupun platform jual beli online. Sampai satu tahap anda harap mesej TAC ini tiada supaya urusan anda boleh diteruskan dengan lancar. Jangan risau, artikel kali ini akan kupas bagaimana nak selesaikan isu tersebut.
Apa itu TAC
TAC atau Transaction Authorization Code merupakan satu kaedah keselamatan yang mengesahkan sesuatu arahan atau transaksi daripada anda. Oleh itu, ia adalah satu info yang sangat sensitif yang mana hanya anda sahaja yang perlu tahu, even staf-staf yang menguruskan aplikasi pun tiada maklumat untuk TAC anda. Apabila anda memasukkan nombor dari mesej TAC tersebut, maka, pihak aplikasi akan meneruskan proses transaksi tersebut setelah mendapat kebenaran melalui kod TAC yang betul.
Punca Mesej TAC Tak Masuk
Berikut adalah senarai mengapa mesej TAC tak masuk di dalam phone anda.
- Masalah dari pihak aplikasi seperti KWSP, Maybank atau Shopee
- Masalah dari pihak Telco seperti Halo Telco, Celcom, Umobile
- Masalah dari peranti.
Pertama, selepas anda menerima masalah ini, anda kena semak terlebih dahulu adakah anda tidak boleh menerima semua TAC dari kebanyakan aplikasi atau cuma satu aplikasi sahaja. Contohnya anda boleh terima TAC dari Maybank, tetapi tidak dari Shopee. Jika begitu, masalah ini anda boleh rujuk terus kepada pihak aplikasi menyatakan anda tidak dapat menerima TAC dari mereka. Kebiasaannya mereka akan rujuk kepada pihak teknikal mereka dan hantarkan sekali lagi kod tersebut.
Kedua, jika masalah ini berlaku untuk kesemua aplikasi terdapat dua kemungkinan disini iaitu sama ada peranti anda sendiri ataupun dari pihak telco. Jadi, saya sarankan untuk semak dahulu peranti anda sebelum hubungi telco disebabkan nak hubungi telco mungkin akan dikenakan caj dan juga akan mengambil masa anda.
Sila lakukan semua langkah-langkah dibawah untuk memastikan bahawa peranti anda berada dalam keadaan yang baik dan boleh menerima mesej OTP.
- Restart phone dahulu.
- Keluar dan masukkan simkad.
- Aktif/Nyahaktif Airplane Mode.
3 langkah pertama ini adalah langkah asas untuk mengatasi masalah mesej OTP tak masuk. Selepas anda semak signal sudah muncul dan data dalam keadaan baik, cuba sekali lagi untuk mohon mesej OTP. Jika sudah berjaya, anda tidak perlu untuk teruskan langkah berikutnya. Namun jika masih bermasalah, sila ikuti langkah dibawah :
- Semak nombor SMSC anda adakah ianya tepat atau tidak. Jika anda tidak menjumpai kaedah untuk menyemak nombor SMSC, jangan risau, anda cuma perlu hantar satu SMS ke mana-mana nombor telefon sahaja. Jika berjaya, ia bermaksud nombor SMSC anda adalah betul. Secara amnya, bila anda sudah lakukan 3 langkah asas diatas, nombor SMSC akan diset secara auto di dalam peranti.
- Semak di bahagian Spam Message. Dewasa ini, pihak Google melihat nombor TAC seperti SMS Spam, oleh itu sila lihat di bahagian Spam Message. Kebanyakan isu pengguna yang saya uruskan dapat diselesaikan yang mana nombor TAC tersebut telah diasingkan kedalam folder SPAM.
- Set kan Premium SMS Access kepada always allow bagi pengguna Android. Untuk pengguna Apple, ciri-ciri ini tiada dan tidak perlu untuk semak. Rujuk sini untuk lihat cara set SMS Premium di Android
- Delete beberapa mesej di dalam inbox. Boleh jadi, apabila inbox penuh, mesej TAC yang dihantar tidak dapat diterima. Selepas anda buang beberapa mesej, barulah ada ruang baru di dalam peranti anda untuk menerima TAC.
- Sekiranya nombor anda baru sahaja Port In ke telco baru, hantar satu SMS iaitu taip UPDATE dan hantar ke 66300. Proses ini biasanya akan mengemaskini semula nombor anda seperti ingin beritahu bahawa nombor tersebut sudah berada dibawah telco baru. Proses ini mungkin akan mengambil masa sekitar 24-48 jam dan sila pastikan baki kredit mencukupi untuk menghantar SMS tersebut.
- Tambahan, jika anda jangkakan hanya ada satu aplikasi sahaja yang tidak dapat menerima mesej TAC, sila taip SMS IN dan hantarkan ke nombor shortcode aplikasi tersebut. Sebagai contoh, untuk Maybank nombor mesej TAC mereka adalah 66628, jadi boleh taip SMS IN dan hantar ke 66628.
- Yang terakhir adalah paling mudah jika anda tidak tahu untuk lakukan semua setting diatas, iaitu tukarkan simkad anda ke telefon lain dan cuba untuk mohon mesej TAC.

Contoh gambar nombor SMSC didalam phone

Contoh Premium Access Message yang di set kepada Always Allow
Mesej TAC Tak Masuk Lagi Selepas Troubleshooting
Jika isu ini masih lagi berlarutan, barulah anda menghubungi pihak telco untuk mendapatkan penyelesaian dari pihak teknikal mereka pula. Anda harus pastikan bahawa masalah mesej TAC tak masuk ini berlaku untuk kebanyakn aplikasi, dan jika hanya satu aplikasi sahaja yang tidak terima TAC, anda harus hubungi dahulu pihak aplikasi untuk dapatkan penjelasan.
Selepas anda menghubungi pihak Telco, biasanya mereka akan semak status network di kawasan anda dan juga status akaun anda. Ada juga isu yang mana pelanggan beritahu tidak dapat menerima TAC tetapi bila disemak nombor telah disekat. Secara amnya sesuatu laporan yang dibuka akan mengambil masa dalam tempoh 3-5 hari waktu bekerja untuk diselesaikan.
Kesimpulan
Mesej TAC tak masuk adalah benda biasa yang berlaku. Bukan anda sahaja yang mengalaminya. Oleh itu, lakukan terlebih dahulu semua langkah-langkah diatas untuk memastikan anda mendapatkan semula mesej TAC yang diperlukan supaya urusan anda berjalan lancar. Jika masih tidak faham, boleh klik pada ikon Whatsapp di sebelah kanan anda ya?
Alhamdulillah