Ulasan Tunetalk Epik 45 5G

Bismillahirrahmanirrahim

Hai semua, post kali ini saya akan berikan ulasan untuk plan tunetalk Epik 45 5G. Untuk makluman anda semua, ia adalah satu-satunya plan 5G yang direka oleh pihak Tunetalk di dalam senarai plan mereka. Seperti biasa kita akan lihat apa yang ditawarkan di dalam plan ini dan siapa yang paling berbaloi untuk gunakan plan ini. Adakah ianya sesuai untuk anda atau tidak? Jom kita lihat dahulu apa yang ada di dalam plan ini.

Ciri-Ciri Plan Tunetalk Epik 45 5G

Harga RM 45
Data KuotaCapaian 4G (30 GB)
Capaian 5G (Unlimited, FUP 70 GB)
Kelajuan4G : Kelajuan Tinggi Tanpa Sekatan
5G : Maksimum 100 Mbps
HotspotKongsi data 30 GB
CallPercuma kesemua rangkaian
SMSRM 0.12 untuk setiap SMS ke semua rangkaian
Whitelist AppsTiada

Ulasan Plan Tunetalk Epik 45 5G

Data kuota yang diberikan bagi saya adalah agak sederhana kerana capaian 4G hanya dibekalkan dengan 30 GB dan capaian 5G pula sebanyak 70 GB FUP. Namun, bagi saya ia masih lagi mencukupi untuk level intermediate usage seperti pekerja ataupun pelajar kerana data penggunaan mereka adalah sederhana sahaja. Manakan tidak, jika anda pekerja 8-5 petang, anda hanya akan ada baki sekitar 4-5 jam sahaja untuk online sebelum tidur.

Seterusnya kelajuan yang ditawarkan adalah 4G tiada sekatan kelajuan. Secara teori speed 4G adalah sekitar 3 Mbps – 100 Mbps. Ini antara features yang best dan saya suka. Namun untuk capaian 5G pula, ia tidak fully maximize kemampuan 5G yang mana kelajuan am adalah dari 100 Mbps – 1000 Mbps tetapi Tunetalk capped kepada 100 Mbps sahaja. Berikut adalah senarai aktiviti internet yang boleh anda lakukan dengan speed yang ditawarkan.

  1. Tonton movie (720p) : 5 Mbps
  2. Tonton movie (SD) : 3 Mbps
  3. Surf website/email : 1- 3 Mbps
  4. Social Media : 3-5 Mbps
  5. Heavy Mobile Game : 10-15 Mbps
  6. Light Mobile Game : 2-3 Mbps
  7. Video Call : 1-2 Mbps
  8. Video Conferencing : 5-6 Mbps
  9. Messaging (Whatsapps, Telegram) : 0.5 Mbps
  10. Mining bitcoin : 1 Mbps

Secara amnya speed yang ditawarkan membolehkan korang lakukan apa-apa aktiviti menggunakan internet tanpa lag kerana speed yang ditawarkan lebih dari mencukupi untuk lakukan semua aktiviti tersebut.

Kita lihat pula kepada Hotspot. Hotspot yang ditawarkan adalah sebanyak 30 GB dan ianya data yang dikongsi bersama kuota capaian 4G. Walaupun nampak agak besar dan anda boleh connect hotspot dengan banyak device disebabkan speed yang besar, anda kena berhati hati kerana 30 GB untuk user lebih dari 2 orang biasanya tidak akan cukup. Jika anda gunakan untuk perseorangan atau berkongsi dengan dua device yang lain bagi saya sudah mencukupi.

Panggilan pula adalah percuma kesemua rangkaian telco. Namun seperti biasa, perlu diingatkan bahawa jika anda membuat panggilan ke luar negara, panggilan ke nombor istimewa ataupun panggilan ke pejabat kerajaan atau swasta caj mungkin akan dikenakan ke dalam kredit anda. Plan ini juga tidak menawarkan SMS percuma. Jika anda ingin menghantar SMS, caj RM 0.12 dikenakan bagi setiap satu SMS yang dihantar.

Kesimpulan

Selesai sudah ulasan Plan Tunetalk Epik 45 5G ini hanya sesuai untuk mereka yang berada di dalam liputan 5G. Jika anda berada di kawasan yang sipi-sipi atau tidak ada langsung capaian 5G, plan ini sangat tidak berbaloi kerana data kuota yang besar telah diasingkan lebih banyak ke dalam rangkaian 5G. Selain itu, kelebihan yang saya lihat adalah ia tidak mempunyai kekangan masa, sebagai contoh capaian 5G hanya boleh digunakan pada hujung minggu sahaja ataupun pada waktu malam sahaja.

Untuk semak kawasan anda di dalam liputan 5G atau tidak, sila gunakan link Jendela map ini ya?

JENDELA Map | Map

Jika berminat dengan internet berdesup boleh langgan plan ini. Jika anda masih tiada lagi simkad untuk membeli plan ini, jangan risau, saya ada berikan simkad Tunetalk Halo Telco secara percuma. Sila klik whatsapp untuk maklumat lanjut.

Alhamdulillah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *