Bismillahirrahmanirrahiim
Plan Epik 50 adalah plan terbaru yang dikeluarkan oleh pihak Tunetalk bagi memenuhi purata penggunaan data harian oleh para pelanggan. Sebelum saya ulas lebih lanjut, mari kita lihat apa yang ditawarkan oleh plan Epik 50. Jom lihat jadual dibawah sebelum saya berikan ulasan plan epik 50.
Ciri-Ciri Plan Epik 50
Harga | RM 50 |
Data Kuota | 350 GB |
Kelajuan | 6 Mbps |
Hotspot | 10 GB |
Call | Percuma kesemua rangkaian |
SMS | RM 0.12 untuk setiap SMS |
Whitelist App | Tiada |
Ulasan Plan Epik 50

Data kuota yang diberikan untuk plan ini bagi saya cukup besar. Biasanya tidak akan habis walaupun sehingga pada tarikh akhir tempoh data tersebut. Oleh itu bagi mereka yang sentiasa online atas urusan pekerjaan, kaki sosial media atau kaki gaming, memang disarankan untuk menggunakan plan ini untuk mengelakkan pelan anda kehabisan kuota.
Speed yang ditawarkan pula adalah sebanyak 6 Mbps. Kelajuan ini cukup untuk semua aktiviti seperti dibawah :
- Tonton movie (720p) : 5 Mbps
- Tonton movie (SD) : 3 Mbps
- Surf website/email : 1- 3 Mbps
- Social Media : 3-5 Mbps
- Light Mobile Game : 2-3 Mbps
- Video Call : 1-2 Mbps
- Messaging (Whatsapps, Telegram) : 0.5 Mbps
Malangnya, plan ini bagi saya tidak sesuai untuk heavy gamer yang mana optimal speed yang terbaik adalah 10-15 Mbps. Tiada masalah untuk bermain games dengan kelajuan 6 Mbps cuma anda perlu turunkan setting grafik anda untuk mengurangkan keperluan penggunaan data. Oleh itu pada pendapat saya pelan ini tidak sesuai untuk heavy gamers.
Hotspot yang ditawarkan pula adalah sebanyak 10 GB sahaja. Bagi saya kuota yang diberikan ini hanya cukup untuk dikongsi dengan satu peranti sahaja. Mengapa saya berkata begitu? Ia berkait rapat dengan kelajuan yang ditawarkan iaitu sebanyak 6 Mbps sahaja. Untuk kelajuan standard bagi kegunaan satu peranti adalah 3 Mbps. Apabila ada dua peranti yang digunakan, maka kelajuan tersebut akan dibahagi dua. Andaikata anda ada 3 peranti yang dihubungkan secara serentak dan setiap peranti mempunyai 2 Mbps kelajuan sahaja, secara tak langsung ia akan menyebabkan penggunaan internet anda menjadi lambat dan lag.
Plan ini menawarkan panggilan suara ke semua rangkaian secara percuma. Oleh itu jangan risau jika anda ingin membuat panggilan ke nombor-nombor telefon yang lain kerana ianya percuma. Cuma perlu diingatkan panggilan ke nombor telefon yang dipanggil special number seperti nombor TNB, Jabatan Bekalan Air ataupun nombor 1300 akan dikenakan caj berasingan ya.
Pelan ini tidak menawarkan SMS percuma. Setiap SMS akan dikenakan caj sebanyak RM 0.12. Namun bagi saya faktor ini tidak terlampau penting kerana kebanyakan aktiviti pesanan ringkas telah menggunakan telegram, whatsapp yang mana hanya menggunakan data kuota sahaja.
Kesimpulan Ulasan Plan Epik 50
Secara amnya, plan ini TIDAK SESUAI UNTUK HEAVY GAMERS DAN KAKI HOTSPOT. Plan ini SANGAT SESUAI UNTUK KAKI ONLINE/SOCIAL MEDIA/KAKI MOVIE. Diharap ulasan plan epik 50 ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk membuat keputusan sebelum melanggan. Anda boleh lakukan langgan melalui aplikasi Halogo ataupun SMS Epik 50 ke 2222.
PROMOSI!!!
Saya sedang mengagihkan 20x Sim Card Halo Telco secara percuma pada setiap bulan. Jika berminat, sila tekan icon Whatsapp seperti dibawah ya?