Bismillahirrahmanirrahiim
Artikel kali ini saya berkesempatan untuk mengulas tentang Pelan Fokus 33 Tunetalk Prepaid. Ia merupakan plan lama dibawah Tariff Jimat yang mana pengguna tariff Epik tidak akan dapat untuk melanggan pelan tersebut. Namun, jika berminat, boleh hubungi pusat khidmat pelanggan untuk pertukaran kepada tariff tersebut. Seperti biasa, jom kita lihat ciri-ciri pelan ini.
Ciri Ciri Fokus 33 Tunetalk Prepaid
Harga | Langgan 1x Bulan : RM 38 Langgan 3x Bulan : RM 35 Langgan 12x Bulan : RM 33 |
Tempoh | 30 Hari |
Data Kuota | 60 GB |
Kelajuan | 9 pagi – 5 petang : 6 Mbps 5 petang – 9 pagi : 3 Mbps |
Hotspot | 4 GB |
Panggilan | Percuma ke semua rangkaian |
SMS | RM 0.12 untuk setiap SMS ke semua rangkaian |
Whitelist Apps | Tiada |
Ulasan Fokus 33 Tunetalk Prepaid
Secara amnya, Tunetalk ingin cuba untuk menarik para pelanggan dengan memberikan harga yang lebih murah bagi sesiapa yang ingin memberikan komitmen jangka panjang sehingga 12 bulan. Dah serupa macam pakai contract pula saya lihat sebab anda harus berikan komitmen sedangkan ini adalah prepaid, prepaid you are free to go bila-bila sahaja tanpa perlu komitmen.
Kuota yang diberikan adalah sebanyak 60 GB. Jika anda heavy streamer, kaki bing movie Kdrama sehingga 5 jam, kemungkinan kuota yang diberikan tidak mencukupi. Secara purata, penggunaan data rakyat Malaysia adalah sekitar 30-40 GB. Oleh itu, data yang diberikan adalah mencukupi untuk kebanyakan warga Malaysia yang melanggan pelan ini.
Kelajuan pula terdapat pecahan iaitu pada siang hari 6 Mbps, dan malam hari 3 Mbps. Kiranya, jika anda bekerja office hour, balik rumah anda hanya akan menikmati kelajuan basic sebanyak 3 Mbps sahaja. Jika itu anda, maka anda hanya akan mampu untuk melakukan aktiviti-aktiviti seperti dibawah.
- Tonton movie (SD) : 3 Mbps
- Surf website/email : 1- 3 Mbps
- Social Media : 3-5 Mbps
- Light Mobile Game : 2-3 Mbps
- Video Call : 1-2 Mbps
- Messaging (Whatsapps, Telegram) : 0.5 Mbps
- Mining bitcoin : 1 Mbps
Hotspot yang ditawarkan adalah sebanyak 4 GB sahaja. Dengan kelajuan dan data bucket yang diberikan, ianya hanya boleh digunakan untuk satu peranti sahaja dan sesuai digunakan bagi hotspot backup sekiranya wifi dirumah menghadapi masalah. Oleh itu, ianya tidak sesuai untuk kaki hotspot yang setup banyak device dalam satu masa.
Panggilan adalah percuma kesemua rangkaian sama ada Umobile. Yes, Unifi, Maxis dan juga Celcom. Oleh itu anda tidak perlu takut untuk call sesiapa sahaja dari rangkaian yang berbeza kerana pelan ini menawarkan panggilan percuma. Namun, perlu diingatkan bahawa jika anda lakukan panggilan ke nombor telefon talian bebas tol seperti Tenaga Nasional Berhad, charge yang berasingan akan dikenakan.
Caj SMS yang dikenakan pula adalah caj yang termurah dalam pasaran iaitu RM 0.12 sen sahaja per SMS. Jika anda bandingkan dengan telco lain, kebanyakan dari mereka akan mengenakan caj bermula dari RM 0.15 sen. Walaupun beza sebanyak 3 sen, anda tetap boleh jimat dengan banyak jika anda pengguna tegar SMS.
Kesimpulan
Pelan ini terlampau banyak syarat. Nak langgan murah, kena subscribe sampai 12x bulan. Speed pula ada pecahan, siang 6 mbps, malam 3 Mbps sahaja. Dengan harga setinggi RM 38 dan berbagai syarat yang diberikan, bagi saya tidak berbaloi. Baik anda langgan sahaja Epik 35 yang mana lebih banyak kelebihan berbanding daripada pelan ini.
Alhamdulillah