Ulasan Pelan Bebas 55 Tunetalk Prepaid

Bismillahirrahmanirrahiim

Hari ini saya akan ulas tentang Pelan Bebas 55 Tunetalk Prepaid. Ia merupakan pelan termahal dan juga pelan yang paling berbaloi-baloi dalam semua tariff sama ada Epik mahupun Jimat. Banyak sebab kenapa saya suka pelan ini. Jika nak tahu mengapa, jom kita sama sama lihat ulasan tentang pelan Bebas 55 yang dibawakan oleh Tunetalk.

Ciri Ciri Pelan Bebas 55 Tunetalk Prepaid

HargaRM 55 – 12 Bulan
RM 60 – 3 Bulan
RM 68 – 1 Bulan
Tempoh30 Hari
Data Kuota100 GB
Kelajuan18 Mbps
HotspotKongsi dengan Data Utama
PanggilanPercuma kesemua rangkaian
SMSRM 0.12 untuk setiap SMS ke semua rangkaian
Whitelist AppsTiada

Ulasan Pelan Bebas 55 Tunetalk Prepaid

Pelan ini memberikan tiga pakej harga iaitu sebulan, tiga bulan dan 12 bulan. Jika kawasan anda jarang menghadapi masalah dengan sambungan internet Celcom, memang didalam liputan 4G dan 5G, anda boleh langgan untuk 12 bulan terus. Jika kawasan anda kadang-kadang bermasalah atau anda tidak pasti, saya sarankan untuk 3 bulan sahaja.

Kuota yang diberikan adalah sebanyak 100 GB. Ia adalah kuota yang lebih dari cukup untuk kegunaan seorang. Melainkan anda hotspot, mungkin anda kena nilai semula jumlah kuota ini. Seperti yang ditunjukkan dalam analisis oleh SKMM, penggunaan data internet rakyat Malaysia adalah sekitar 30-40 GB. Oleh itu, 100 GB lebih dari mencukupi.

Kelajuan yang ditawarkan adalah sehingga 18 Mbps. Dengan kelajuan ini anda boleh gunakan untuk semua aktiviti internet, malah mampu untuk bermain games tanpa lag dengan kelajuan yang optimum. Seperti yang kita ketahui, jika anda bermain games, kelajuan yang ideal adalah 10-15 Mbps, manakala pelan ini menyediakan lebih dari keperluan tersebut.

  1. Tonton movie (720p) : 5 Mbps
  2. Tonton movie (SD) : 3 Mbps
  3. Surf website/email : 1- 3 Mbps
  4. Social Media : 3-5 Mbps
  5. Heavy Mobile Game : 10-15 Mbps
  6. Light Mobile Game : 2-3 Mbps
  7. Video Call : 1-2 Mbps
  8. Video Conferencing : 5-6 Mbps
  9. Messaging (Whatsapps, Telegram) : 0.5 Mbps
  10. Mining bitcoin : 1 Mbps

This is the best features of this plan. Kuota utama boleh dijadikan hotspot. Bayangkan 100 GB boleh digunakan sebagai Hotspot. Oleh itu anda boleh katakan bye bye untuk booster-booster RM 3 hanya semata-mata untuk dapatkan hotspot. Malah, anda ada kebebasan untuk gunakan data tersebut di mana-mana sahaja peranti kesukaan anda. Selain itu, dengan kelajuan 18 Mbps, seandainya semua peranti menggunakan standard kelajuan yang minimum, anda boleh connect sehingga 6 peranti tanpa gangguan dalam masa yang sama.

Seperti kebanyakan plan lain-lain yang mana panggilan adalah percuma kesemua telco. Tidak kira sama ada telco tersebut adalah Yes, Umobile, Celcom ataupun Maxis. Sememangnya tiada caj yang dikenakan. Namun, perlu diingatkan iaitu panggilan ke talian bebas tol seperti 1-300 akan dikenakan caj berasingan keatas kredit anda.

Tunetalk juga memberikan rate SMS yang menarik dan termurah jika dibandingkan dengan telco-telco yang lain. Rata-rata telco akan mengenakan caj SMS yang tinggi untuk off net network, tetapi Tunetalk selamba bagi flat rate RM 0.12 untuk semua rangkaian. Banyak yang anda boleh jimat dengan rate RM 0.12 jika anda banyak menghantar SMS sama ada untuk urusan kerja atau peribadi.

Kesimpulan

Kekurangan pelan ini cuma satu iaitu agak mahal. Jika anda ingin pada harga RM 55, anda harus meletakkan komitmen sehingga satu tahun untuk dapatkan harga tersebut. Kelebihan pelan ini adalah ia satu-satunya pelan yang cover all usage. Tiada pecahan data, kuota yang besar yang mana cukup untuk kegunaan semua, speed yang boleh cover the highest usage iaitu main heavy games dan juga paling best 100 GB boleh on sekali dengan Hotspot.

Jika anda ingin worry-free dan all-round usage. Inilah pelan yang sesuai untuk anda.

Alhamdulillah

Ulasan Fokus 40 Tunetalk Prepaid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *