Bismillahirrahmanirrahiim
Hari ini saya berkesempatan untuk melakukan sedikit ulasan tentang Hi 35 Tune Talk Prepaid. Pelan ini adalah pelan yang diletakkan dibawah tariff Jimat. Oleh itu bagi pengguna tariff Epik, plan ini tidak tersedia untuk anda. Jika anda ingin lakukan pertukaran semula kepada tariff Jimat, sila hubungi pihak Halo Telco untuk pertukaran pelan tersebut.
Ciri-Ciri Hi 35 Tune Talk Prepaid
Harga | RM 35 |
Tempoh | 30 Hari |
Data Kuota | 35 GB |
Kelajuan | 4G tiada sekatan kelajuan (3 Mbps – 100 Mbps) |
Hotspot | Kongsi bersama data kuota utama |
Panggilan | Percuma ke semua rangkaian |
SMS | RM 0.12 untuk setiap SMS ke semua rangkaian |
Whitelist Apps | Tiada |
Ulasan Hi 35 Tune Talk Prepaid
Jika anda inginkan hotspot yang besar, plan inilah yang menawarkan hotspot yang paling besar dalam antara semua plan-plan yang sedia ada dalam pasaran. Kepada anda yang inginkan penggunaan untuk multi device, plan ini adalah yang paling sesuai untuk anda. Kenapa sesuai? Saya jelaskan satu persatu.
Dari segi harga yang ditawarkan cuma RM 35 sahaja. Seperti yang saya terangkan, bajet untuk bil telefon adalah sekitar 3-5% daripada gaji kasar anda. Jika kita ambil dari gaji minimum RM 1500, 5% adalah sebanyak RM 75 dan pelan yang ditawarkan pula cuma RM 35 sahaja. Oleh itu, ia masih lagi boleh dikatakan sebagai pelan mampu milik.
Data kuota yang diberikan adalah sebanyak 35 GB. Cukup atau tidak kuota ini bergantung kepada penggunaan anda. Jika anda tidak pasti, anda boleh semak melalui data usage di dalam phone anda. Sekiranya penggunaan anda sekitar 30 GB, plan ini sesuai untuk anda langgan.
Seterusnya, kelajuan yang ditawarkan adalah 4G tanpa sekatan. Kelajuan 4G adalah sekitar 3 Mbps – 100 Mbps berdasarkan teori. Namun, faktor kelajuan ini bergantung pada kawasan, keadaan bentuk muka bumi, peranti, dan juga jarak anda dengan pencawang telekomunikasi yang terdekat. Oleh itu, dengan kelajuan seperti ini, anda boleh lakukan semua aktiviti internet tanpa ada lag.
- Tonton movie (720p) : 5 Mbps
- Tonton movie (SD) : 3 Mbps
- Surf website/email : 1- 3 Mbps
- Social Media : 3-5 Mbps
- Heavy Mobile Game : 10-15 Mbps
- Light Mobile Game : 2-3 Mbps
- Video Call : 1-2 Mbps
- Video Conferencing : 5-6 Mbps
- Messaging (Whatsapps, Telegram) : 0.5 Mbps
- Mining bitcoin : 1 Mbps
Seterusnya adalah Hotspot yang mana boleh berkongsi dengan data utama. Inilah kekuatan utama plan ini yang mana menawarkan hotspot yang paling besar antara plan plan yang ada di dalam Tunetalk. Kebanyakan plan hanya menawarkan data bucket 5-10 GB untuk hotspot sahaja. Walaupun data kuota untuk mobile phone besar, anda tidak boleh gunakan untuk penggunaan hotspot.
Jangan risau dengan panggilan yang mana ianya percuma ke seluruh rangkaian. Tak perlu takut-takut untuk call rakan-rakan yang menggunakan nombor telefon dari telco lain. Ianya percuma. Anda boleh bergayut dengan mereka tanpa perlu risau kredit habis atau bill melambung.
SMS pula menawarkan caj yang terendah iaitu cuma RM 0.12 untuk setiap SMS yang dihantar kesemua rangkaian. Jika anda bandingkan dengan telco lain, kebanyakan rate SMS akan bermula dari RM 0.15 sehingga RM 0.30. Oleh itu, anda boleh berjimat dengan menggunakan plan ini.
Kesimpulan
Plan ini sangat-sangat sesuai kepada mereka yang memerlukan hotspot yang lebih besar. Jangan risau tentang takut lag dan sebagainya kerana kelajuan yang diberikan adalah 4G tanpa sekatan, oleh itu anda tidak perlu takut dengan kelajuan yang perlu dibahagi-bahagikan antara peranti. Katakan kelajuan semasa adalah sebanyak 15 Mbps, dan anda mempunyai 3 peranti yang sedang digunapakai untuk light usage sahaja. Untuk penggunaan light usage hanya memerlukan 3 Mbps sahaja dan semua peranti boleh melayari internet tanpa rasa lagi.
Alhamdullillah.