Ulasan Hi 15 Tunetalk Prepaid

Bismillahirrahmanirrahiim

Pernah tak anda terfikir untuk dapatkan nombor telefon backup disebabkan anda business owner tapi tak berani nak ambil disebabkan pelan prepaid yang mahal-mahal. Jangan risau, tunetalk ada sediakan plan super murah berharga RM 15 sahaja untuk satu bulan. Jom kita tengok apa yang saya akan ulas untuk pelan Hi 15 Tunetalk Prepaid.

Ciri-ciri Hi 15 Tunetalk Prepaid

HargaRM 15
Tempoh30 hari
Data Kuota 10 GB
Kelajuan4G- Tiada sekatan kelajuan
HotspotBerkongsi dengan kuota asas
CallPercuma ke rangkaian Tunetalk
RM 0.22 sen setiap 60 saat ke rangkaian lain
SMSRM 0.12 per SMS
Whitelist appsTiada

Ulasan Hi 15 Tunetalk Prepaid

Harga memang super. Hanya RM 15. Anda cuba cari di telco telco lain memang tiada harga serendah ini. Paling rendahpun mungkin RM 20. Tetapi Tunetalk buat kerja gila berikan harga termurah dalam pasaran sebab mereka faham ada pengguna yang just nak beli nombor back up tanpa penggunaan yang aktif. Sebab itu mereka lancarkan produk Hi 15.

Data kuota yang diberikan juga cukup nice, selari dengan harga. Mereka berikan data kuota sebanyak 10 GB. Kalau anda jarang guna nombor tersebut, percayalah 10 GB ini lebih dari cukup. Saya sendiri ada dua telco yang berbeza satu Umobile dan satu Halo Telco Tunetalk. Saya cuma gunakan nombor telefon halo telco ini untuk urusan kerja sahaja dan sebulan penggunaan saya hanya 7-8 GB sahaja.

Tunetalk seriously tak kedekut dengan speed. Plan murah pun mereka berikan 4G no speed cap. Tak ada cap 3 mbps ke 6 mbps ke, mereka bagi terus full speed. Namun, faktor speed bergantung kepada kawasan masing-masing ya? Apapun, plan ini membenarkan untuk fullspeed bagi capaian 4G.

  1. Tonton movie (720p) : 5 Mbps
  2. Tonton movie (SD) : 3 Mbps
  3. Surf website/email : 1- 3 Mbps
  4. Social Media : 3-5 Mbps
  5. Heavy Mobile Game : 10-15 Mbps
  6. Light Mobile Game : 2-3 Mbps
  7. Video Call : 1-2 Mbps
  8. Video Conferencing : 5-6 Mbps
  9. Messaging (Whatsapps, Telegram) : 0.5 Mbps
  10. Mining bitcoin : 1 Mbps

Antara sebab lain anda boleh pilih plan ini adalah hotspot berkongsi dengan kuota asas 10 GB. Memang sangat ngam bagi mereka yang ingin buat kerja dekat laptop menggunakan hotspot. Bagi saya 10 GB adalah cukup jika kerja anda banyak typing, whatsapp, buka email, update excel dalam google drive. Silap-silap anda langsung tak gunakan pun data dari main number anda sebab banyak guna dari Hi 15 sahaja.

Tunetalk berikan panggilan percuma di dalam rangkaian mereka. Jika anda lakukan panggilan ke telco lain caj sebanyak RM 0.22 per minit akan dikenakan. Caj ini murah ye. Standard kalau offnet call selalunya akan dikenakan dari RM0.20 – RM 0.30. Tunetalk berikan RM 0.22 sen sahaja. Memang berbaloi sangat dengan apa yang mereka tawarkan.

SMS seperti biasa, RM 0.12 untuk setiap SMS yang dihantar ke semua telco. SMS ni biasa orang gunakan jika memang line internet tiada dan terpaksa gunakan SMS untuk hantarkan maklumat penting sebelum internet kembali pulih ataupun gunakan SMS untuk urusan-urusan rasmi. Masih ada ya syarikat yang gunakan SMS blast kepada semua pekerja mereka ya?

Kesimpulan

Secara amnya, plan in khusus untuk peniaga yang perlukan nombor telefon backup, orang tua di kampung yang hanya angkat call atau wasap anak cucu dan juga user yang nak buat kerja dekat laptop sahaja seperti blogger/trader macam aku. Anda semua tak akan jumpa plan prepaid harga RM 15 yang bagi korang hi speed, 10 GB kuota dan unlimited call dalam rangkaian sendiri.

Anda ingin langgan plan ini tapi masih lagi tiada simkad Halo Telco? Jangan risau, klik sahaja icon whatsapp di penjuru bawah sebelah kanan untuk mesej saya. Saya sedang berikan 10x simkad percuma setiap bulan. Stok adalah terhad.

Alhamdulillah

Ulasan Pelan Epik 35 Prepaid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *