Bismillahirrahmanirrahiim
Hari ini saya berkesempatan untuk mengulas satu lagi pelan iaitu Fokus 40 Tunetalk Prepaid. Pelan ini adalah antara pelan yang boleh dilanggan bagi pengguna tariff Jimat. Jadi, adakah ianya berbaloi untuk anda miliki? Sama-sama kita lihat siapakah yang paling sesuai untuk memiliki pelan ini. Jom kita lihat review seperti dibawah.
Ciri-Ciri Fokus 40 Tunetalk Prepaid
Harga | 01 bulan : RM 48 03 bulan : RM 43 12 bulan : RM 40 |
Tempoh | 30 Hari |
Data Kuota | 80 GB |
Kelajuan | 12 Mbps : 9 am – 5 pm 6 Mbps : 5 pm – 9 am |
Hotspot | 6 GB |
Panggilan | Percuma ke semua rangkaian |
SMS | RM 0.12 setiap SMS ke semua rangkaian |
Whitelist Apps | Tiada |
Ulasan Fokus 40 Tunetalk Prepaid
Harga yang ditawarkan masih lagi berbaloi kerana ianya masih didalam lingkungan 3-5% daripada jumlah gaji kasar untuk had gaji minima di Malaysia. Namun begitu, bagi saya tidak berbaloi untuk anda langgan satu bulan sahaja kerana bagi saya ia agak mahal. Paling ideal sekali adalah anda langgan tiga bulan sekali gus kerana jarak perbezaan RM 5 yang sangat besar.
Kuota yang disediakan pula adalah sebanyak 80 GB. Jika anda pekerja office, balik kerja nak santai-santai tengok movie atau main Mobile Legend, kuota ini lebih dari mencukupi. Berdasarkan pengalaman saya sendiri iaitu seorang pekerja office, balik kerja main game Mobile Legend, penggunaan satu bulan adalah sekitar 50-60 GB.
Kelajuan yang diberikan adalah 12 Mbps waktu siang dan 6 Mbps waktu malam. Bila siang memang akan rasa smooth untuk main game-game yang heavy namun bila malam mula akan lag. Oleh itu, jika anda ingin main game-game yang berat, bolehlah bermain semasa waktu siang. Waktu malam boleh lah anda fokus untuk tengok movie sahaja. Dibawah adalah senarai penggunaan yang optimum untuk kelajuan yang ditawarkan.
- Tonton movie (720p) : 5 Mbps
- Tonton movie (SD) : 3 Mbps
- Surf website/email : 1- 3 Mbps
- Social Media : 3-5 Mbps
- Heavy Mobile Game : 10-15 Mbps
- Light Mobile Game : 2-3 Mbps
- Video Call : 1-2 Mbps
- Video Conferencing : 5-6 Mbps
- Messaging (Whatsapps, Telegram) : 0.5 Mbps
- Mining bitcoin : 1 Mbps
Hotspot yang diberikan pula adalah 6 GB. Dengan kelajuan ini, sangat cukup untuk kegunaan blogger yang mana banyak kerja untuk menaip sahaja. Anda boleh sahaja menonton video namun dikhuatiri 6 GB tidak mencukupi dalam tempoh sebulan. Oleh itu, jika anda kaki hotspot, plan ini tidak sesuai untuk anda kerana 6 GB tidak mencukupi untuk satu bulan.
Panggilan adalah percuma untuk semua rangkaian. Jadi, jika anda tersilap tekan atau dial nombor telefon orang lain pun, anda tetap tersenyum sebab panggilan tersebut tiada caj.Namun perlu diingatkan, panggilan ke nombor talian bebas tol atau pejabat kerajaan seperti Telekom Malaysia akan dikenakan caj yang berasingan yang mana ia akan tolak dari kredit anda.
SMS pula adalah serendah RM 0.12 sen per SMS. Ia adalah rate termurah dalam pasaran jika dibandingkan dengan telco lain. Walaubagaimanapun, penggunaan SMS buat masa ini sudah tidak sepopular seperti dahulu. Jika anda masih lagi menggunakan SMS, untunglah pada diri anda kerana dapat menjimatkan lebih banyak wang.
Kesimpulan
Nasihat saya jika anda ingin langgan Fokus 40 Tunetalk Prepaid ini, langgan paling minima 3 bulan baru berbaloi. Jangan langgan sehingga setahun sebab anda tidak tahu bila penggunaan anda melampaui had kuota yang ditetapkan. Selain itu, kaki hotspot and heavy gamer digalakkan untuk elak pelan ini kerana ianya tidak berbaloi untuk anda langgan.
Alhamdulillah