Ulasan Epik50+ Tune Talk

ulasan epik50+ tunetalk

Bismillahirrahmanirrahiim

Alhamdulillah, pada 16 Disember 2024 pihak Tunetalk telah mengeluarkan satu plan terbaru yang dinamakan sebagai Epik50+. Hari ini saya ceritakan semuanya tentang Ulasan Epik50+ Tune Talk yang mana adakah ianya berbaloi atau tidak kepada anda. Jom kita lihat apa yang ditawarkan di dalam plean Epik 50+

Ciri-Ciri Epik50+ Tune Talk

HargaRM 50
Tempoh30 Hari
Data Kuota350 GB
Kelajuan4G : Bermula 3 Mbps shingga 100 Mbps
5G : Bermula 50 Mbps sehingga 1000 Mbps
HotspotKongsi dengan data utama
PanggilanPercuma ke smua rangkaian telco.
Panggilan ke nombor talian bebas tol dikenakan caj berasingan
SMSRM 0.12 ke semua rangkaian.
Whitelist Apps Tiada

Ulasan Epik50+ Tune Talk

Kini, saya akan ulas satu persatu karakteristik pelan ini. Harga adalah sebanyak RM 50. Harga ini sangat berbaloi dengan ciri-ciri yang ditawarkan. Seperti yang telah dinyatakn oleh pakar kewangan, bajet untuk langganan internet adalah sekitar 2-5% sahaja. Katakan gaji minima adalah sebanyak RM 1500, dengan 5% dari gaji tersebut anda mempunyai RM 75 untuk dibelanjakan bagi kegunaan internet dan nah, pelan ini hanya RM 50 sahaja. Malah anda mempunya baki lebihan sebanyak RM 25.

Kuota yang diberikan adalah sebanyak 350 GB untuk kegunaan 30 hari. Percayalah, untuk menghabiskan 100 GB sebulan agak sukar walaupun anda sudah online berjam-jam lamanya dalam bulan tersebut. Saya percaya kuota yang diberikan membuatkan anda tidak perlu lagi risau tentang data kuota yang semakin tipis.

Hotspot yang diberikan pula adalah kuota 350 GB boleh dikongsikan bersama. Apa lagi, anda boleh katakan selamat tinggal kepada Booster Hotspot kerana ia lebih dari yang mencukupi. Dengan adanya kelebihan untuk data yang dikongsikan ini, seluruh isi rumah anda boleh menggunakan hotspot bersama. Tak perlu untuk anda beli pelan internet seorang setiap satu. Cukup untuk kegunaan semua.

Kelajuan yang ditawarkan dahulu hanya 6 Mbps, sekarang no capped. 4G bermula dari 3 Mbps manakala 5G bermula daripada 50 Mbps. Dengan kelajuan yang dibekalkan, semua aktiviti penggunaan internet anda boleh dilaksanakan tanpa lag. Malah, anda juga tak payah risau dengan slice speed semasa hotspot. Katakan anda menerima kelajuan minima serendah 50 Mbps, walaupun 5 orang connect dengan Hotspot dan semua main Mobile Legend, confirm jarang sangkut. Anda boleh katakan selamat datang kepada 4K HD video.

Tonton movie (720p) : 5 Mbps
Tonton movie (SD) : 3 Mbps
Surf website/email : 1- 3 Mbps
Social Media : 3-5 Mbps
Heavy Mobile Game : 10-15 Mbps
Light Mobile Game : 2-3 Mbps
Video Call : 1-2 Mbps
Video Conferencing : 5-6 Mbps
Messaging (Whatsapps, Telegram) : 0.5 Mbps
Mining bitcoin : 1 Mbps

Panggilan seperti biasa, percuma ke semua rangkaian dan masih lagi dikenakan caj yang berasingan untuk talian bebas tol. Untuk SMS juga akan dikenakan caj berdasarkan penggunaan iaitu sebanyak RM 0.12 untuk setiap SMS ke semua rangkaian telco.

Kesimpulan

Saya sudah lakukan ulasan Epik50+ Tunetalk yang lebih padu dari pelan epik 50 yang lama. Hanya dengan sedikit pelaburan RM 50, anda boleh dikatakan telah melanggan pelan yang worry-free. Speed laju, kuota besar, hotspot tak perlu risau. Sesuai untuk semua pengguna, iaitu heavy gamer, kaki hotspot, nak set up hotspot rumah boleh, kaki drama.

Alhamdulillah

Baca lagi : Cara Memilih Mifi Yang Bagus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *