Ulasan Epik Call 20 Tunetalk Prepaid

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum semua. Hari ini saya tak sabar untuk memberikan ulasan tentang epik Call 20 Tunetalk Prepaid yang mana saya secara personal memang suka plan-plan seperti ini. Nak tahu mengapa dan kenapa? Jom kita review dahulu. Kalau sesuai, boleh lah anda semua langgan pelan tersebut ya? Seperti biasa, mari kita lihat dahulu apa yang ditawarkan.

Ciri-Ciri Epik Call 20 Tunetalk

HargaRM 20
Tempoh30 Hari
Data Kuota10 GB
Kelajuan4G – Tiada Sekatan
HotspotKongsi dari Data Kuota Utama
CallPercuma ke semua rangkaian
SMSRM 0.12 per SMS
Whitelist AppsWhatsapp
Wechat
Google Maps
*SD Quality -50 GB-

Ulasan Epik Call 20 Tunetalk Prepaid

Plan ini hanya ditawarkan pada harga RM 20. Bagi saya sangat-sangat murah dengan semua kemudahan yang diberikan. Nak jumpa prepaid yang tawarkan pada harga RM 20 ini sangat-sangat terhad. Kebanyakan akan tawarkan bermula dari RM 25. Jadi, kepada anda yang mempunyai kekangan bajet, pelan ini untuk anda.

Data kuota yang diberikan adalah sebanyak 10 GB. Kuota sebanyak ini sangat sesuai untuk light user dan moderate user. Maknanya kalau anda sekadar only 1-4 jam, buka website, browse shopee, banyak guna whatsapp, buka app social media macam twitter atau facebook, sekali sekala tengok video, kuota ini cukup anda. Bagi saya, berbaloi dengan harganya.

Kelajuan yang ditawarkan adalah 4G tanpa capped. Ia bermaksud kelajuan untuk plan ini boleh dicapai sekitar 3 – 100 Mbps bergantung kepada lokasi, network congestion, kekuatan signal. Fuh, mana nak cari RM 20 tapi kelajuan 4G tiada capped. Tapi kena berhati-hati sedikit disebabkan kuota yang diberikan cuma 10 GB sahaja ya? Dibawah adalah senarai aktiviti internet yang anda boleh lakukan dengan speed yang ditawarkan.

Tonton movie (720p) : 5 Mbps

Tonton movie (SD) : 3 Mbps

Surf website/email : 1- 3 Mbps

Social Media : 3-5 Mbps

Heavy Mobile Game : 10-15 Mbps

Light Mobile Game : 2-3 Mbps

Video Call : 1-2 Mbps

Video Conferencing : 5-6 Mbps

Messaging (Whatsapps, Telegram) : 0.5 Mbps

Mining bitcoin : 1 Mbps

Tiada dedicated data bucket untuk Hotspot tapi dia berkongsi dengan data kuota utama. Bagi saya ini adalah features yang sangat padu. Bagi mereka yang banyak buat kerja di laptop seperti saya yang suka blogging, penggunaan hotspot saya dalam sekitar 6 GB. Oleh itu 10 GB yang dikongsi dari data kuota utama saya boleh utilized tanpa pening kepala nak topup booster hotspot. Tapi, apabila hotspot dah on, mohon untuk connect kepada satu peranti sahaja dan hanya satu peranti sahaja aktif untuk mengelakkan data cepat habis.

Panggilan pula adalah percuma kesemua rangkaian. Inilah ciri-ciri highlight dalam pelan ini. RM 20 sahaja boleh call semua rangkaian weh. Siap bagi data kuota 10GB, high speed, perggh memang berbaloi. Namun seperti biasa, panggilan ke nombor telefon special number seperti Jabatan Bekalan Air akan dikenakan caj yang berasingan.

SMS pula akan dikenakan dengan standard rate RM 0.12 per SMS untuk semua rangkaian. Ini adalah antara rate termurah sebab RM 0.12 sahaja yang dikenakan. Anda boleh survey kebanyakan telco jika ingin hantar SMS ke telco lain, rate akan bermula dari RM 0.18 sehingga RM 0.30 untuk satu SMS.

Ini lagi best, plan ini ada Whitelist apps iaitu Whatsapp, Googlemap dan Wechat sebanyak 50 GB. Tak perlu takut nak on Google Map bila sesat. Whatsapp pun anda boleh ketuk sampai bengkok jari. Tapi kena ingat bahawa kualiti yang ditawarkan adalah dalam bentuk Standard Definition. Ia bermaksud gambar-gambar atau video semua harus di set pada 360 pixel. Jika anda set kepada HD, ia akan gunakan dari kuota utama 10 GB.

Kesimpulan

Plan ini sangat-sangat sesuai untuk mak ayah di kampung, business owner yang kuat call orang, mereka yang nak ada backup data plan bila telco utama mereka ada masalah network dan mereka yang sudah ada wifi dekat rumah . Tapi, ianya tidak sesuai 100% kepada pengguna heavy user seperti yang suka tonton video sepanjang hari, main game sampai tak ingat nak tidur.

Jika anda nak beli plan ini tetapi tiada SIMKAD, sila whatsapp saya untuk dapatkan simkad secara percuma sahaja. Klik pada ikon di penjuru.

Alhamdulillah

Jom baca : Best Basic 28 Data Plan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *