Bismillahirrahmanirrahiim
Hari ini saya berkesempatan untuk melakukan ulasan Epik 35+ Tunetalk yang baru sahaja diperkenalkan pada 16/12/24. Ia adalah satu naik taraf pelan Epik 35 yang mana bagi saya lebih best dan lebih superior berbanding pelan lama. Nak tahu kenapa, jom baca ulasan saya dengan lebih lanjut seperti dibawah ya?
Ciri-Ciri Epik 35+ Tune Talk
Harga | RM 35 |
Tempoh | 30 hari |
Data | 150 GB |
Kelajuan | 4G : Bermula 3 Mbps sehingga 100 Mbps 5G : Bermula 50 Mbps sehingga 1000 Mbps |
Hotspot | Kongsi bersama data utama 150 GB |
Panggilan | Percuma ke semua rangkaian |
SMS | Caj RM 0.12 bagi satu SMS ke semua rangkaian |
Whitelist Apps | Tiada |
Ulasan Epik 35+ Tune Talk
Harga – Bila lihat pada harga, dengan RM 35 anda dapat semua ciri diatas, ianya sangat-sangat berbaloi. Ciri-ciri yang ditawarkan ini hampir sama malah lebih baik dengan plan postpaid telco diluar sana. Agak sukar untuk anda dapatkan prepaid yang menawarkan pelan seperti ini. Malah RM 35 itu tidak lebih daripada 3% daripada gaji minima RM 1500 yang ditetapkan oleh kerajaan. Anda jimat banyak dengan nilai yang sangat tinggi.
Data – Data yang diberikan adalah sangat berpatutan bagi pengguna perseorangan seperti anda. Malah, jika anda mempunyai sebuah keluarga kecil yang dihuni seramai 3 orang, 150 GB ini sangat-sangat berbaloi walaupun ada ahli keluarga anda yang kaki games. Berikut adalah apa yang anda boleh lakukan dengan kuota 150 GB.
- Social Media (scrolling): ~750-1000 hours.
- Web Browsing: ~37,500-75,000 pages.
- Video Streaming (HD): ~50-100 hours.
- Video Streaming (4K): ~15-21 hours
- .Music Streaming (Standard Quality): ~2,100-3,000 hours.
- Gaming (Online): ~1,000-3,750 hours.Video Calls (HD): ~100-150 hours.
- Downloading Files (HD movies): ~50-75 HD movies.
Kelajuan – Kelajuan yang ditawarkan pula adalah 4G dan juga 5G. Secara amnya, tiada masalah lag lagi untuk anda gunakan melainkan masalah isu rangkaian dan juga jika terlampau ramai yang menggunakan Hotspot. Saya boleh katakan kelajuan yang ditawarkan boleh menyokong semua penggunaan aktiviti internet buat masa ini.
- Tonton movie (720p) : 5 Mbps
- Tonton movie 4K HD : 25 Mbps
- Tonton movie (SD) : 3 Mbps
- Surf website/email : 1- 3 Mbps
- Social Media : 3-5 Mbps
- Heavy Mobile Game : 10-15 Mbps
- Light Mobile Game : 2-3 Mbps
- Video Call : 1-2 Mbps
- Video Conferencing : 5-6 Mbps
- Messaging (Whatsapps, Telegram) : 0.5 Mbps
- Mining bitcoin : 1 Mbps
Hotspot – Data ditawarkan pula adalah berkongsi dengan data utama. Oleh itu, 150 GB kuota asas boleh dikongsikan bersama dengan orang lain. Selepas ini, tidak perlulah untuk anda masukkan ke dalam modem semata-mata nak bypass kuota utama. Tunetalk dah bagi siap-siap untuk anda terus gunakan sekali dengan data asas anda. Pakailah sampai lebam selepas baca ulasan Epik 35+ Tunetalk.
Panggilan adalah percuma ke semua rangkaian namun diingatkan bahawa panggilan ke nombor telefon pejabat atau talian bebas tol akan dikenakan caj yang berasingan. Oleh itu, anda jangan terkejut jika tiba-tiba anda tidak boleh lakukan panggilan kerana baki kredit tidak mencukupi. SMS pula seperti biasa RM 0.12 satu SMS ke semua rangkaian. Antara rate termurah telco tawarkan untuk SMS.
Menariknya, kini dengan Epik 35+. anda akan terus dapat perlindungan insurans Tunetalk. Jika dulu, anda harus top up sebanyak RM 50 minima. Tapi sekarang, dengan modal RM 35, anda sudahpun mendapati perlindungan insurans sebanyak RM 50,000. Ini bakal menjimatkan lagi wang anda daripada melanggan insurans diluar.
Kesimpulan
Saya telah menerangkan dengan lanjut tentang ulasan Epik 35+ Tunetalk. Amnya, pelan ini sangat-sangat sesuai kepada anda yang ingin berjimat tetapi masih memerlukan data yang besar. Percayalah , 150 GB yang anda gunakan lebih dari mencukupi. Namun, pastikan anda tidak download file yang besar atau menonton video 4K HD terlampau kerap untuk mengelakkan data anda habis dengan cepat ya?
Alhamdulillah