Ulasan Best Basic 28 Data Plan Tune Talk

Bismillahirrahmanirrahiin

Adakah anda seorang yang sedang mencari pelan yang murah-murah di pasaran? Hari ini saya akan ulas satu plan iaitu best basic 28 data plan tune talk yang sangat okay untuk harga marhaen. Saya faham, dengan beban ekonomi yang agak tinggi, kita semua harus berjimat cermat dalam membelanjakan wang kita. Sebelum saya review plan Best Basic 28 data plan ini, jom tengok apa yang ditawarkan.

Ciri-Ciri Best Basic 28 Data Plan

HargaRM 28
Tempoh30 Hari
Data KuotaUnlimited – FUP 30 GB
Kelajuan3 Mbps
Hotspot30 GB – Kongsi dengan Base Data Kuota
CallPercuma ke seluruh talian
SMSRM 0.12 satu SMS ke semua rangkaian
Whitelist AppWhatsapp , Wechat – 50 GB
IDD Call – RM 5

Ulasan Best Basic 28 Data Plan

Kita lihat pada harganya cuma RM 28 sahaja. Cukup berbaloi dengan semua features yang ditawarkan. Tidak banyak telco yang menawarkan plan bulanan yang berharga bawah RM 30. Jika anda salah seorang yang sedang mencari plan yang murah, bagi saya ini adalah plan yang sesuai untuk anda.

Mari kita lihat pula dari segi data kuota. Jika anda lihat, Best Basic 28 Data Plan adalah unlimited tapi harus diingatkan bahawa ia mempunyai FUP sebanyak 30 GB. Selepas penggunaan melebihi daripada 30 GB, anda masih lagi boleh melayari internet seperti biasa, tetapi speed anda akan diperlahankan. Oleh itu, semak terlebih dahulu penggunaan bulanan anda, atau anda harus mula berhemat semasa menggunakan data internet.

Selain itu, plan ini ada bagi kuota berasingan bagi penggunaan Whatsapp dan juga Wechat sebanyak 50 GB. Besar sangat dah tu untuk hanya aplikasi mesej ini Boleh saya katakan almost unlimited la data kuota yang diberikan sebab sangat-sangat sukar korang nak habiskan 50 GB hanya untuk Whatsapp dan Wechat sahaja.

Kelajuan yang ditawarkan adalah sebanyak 3 Mbps, manakala kelajuan selepas FUP adalah 512 Kbps. Mari kita lihat apa yang anda boleh lakukan dengan kelajuan yang ditawarkan di dalam plan ini.

  1. Tonton movie (SD) : 3 Mbps
  2. Surf website/email : 1- 3 Mbps
  3. Social Media : 3-5 Mbps
  4. Light Mobile Game : 2-3 Mbps
  5. Video Call : 1-2 Mbps
  6. Messaging (Whatsapps, Telegram) : 0.5 Mbps
  7. Mining bitcoin : 1 Mbps

Secara amnya speed 3 Mbps adalah speed yang okay untuk surf internet, main game-game yang ringan, nak tengok video tanpa lag pun boleh tapi kena set dahulu kepada 360 pixel kebawah. Untuk social media mungkin ada masa akan lag bergantung kepada content yang sedang load. Dengan harga yang murah, kita tak boleh expect kelajuan yang bombastik.

Hotspot pula ditawarkan sebanyak 30 GB yang mana ia berkongsi daripada data asas. Ini adalah kuota yang sangat okay kerana ada sahaja pelan yang harga lebih mahal dari plan ini tapi cuma tawarkan 5GB ataupun 10GB sahaja. Oleh itu saya bagi rating A untuk hotspot, berbaloi dengan harga yang diberikan. Cuma kena pastikan hanya connect dengan satu peranti sahaja memandangkan kelajuan yang ditawarkan adalah 3 Mbps sahaja. Jika terlampau banyak peranti yang connect, kelajuan akan mula lag.

Panggilan adalah percuma ke seluruh rangkaian. Fuh memang jimat banyak bagi mereka yang kaki sembang atau kaki gayut. Kalau anda student, mungkin perlu banyak berhubung dengan family ke, atau nak bersembang dengan buah hati tanpa perlu risau bil melambung, beli plan ini. Dah lah murah, unlimited call ke semua rangkaian lagi. Tapi perlu diingatkan panggilan ke special number seperti TNB akan dikenakan caj yang berasingan.

Satu lagi yang best, ada free RM 5 IDD Call. Maknanya anda boleh buat panggilan percuma keluar negara yang bernilai RM 5. Selepas habis sahaja RM 5, baru akan ditolak dari baki kredit. Ok lah kan, kalau tiba-tiba nak buat panggilan dekat member yang ada di Thailand, boleh call sebentar dengan kredit free ini.

SMS pula akan dikenakan sebanyak RM 0.12 untuk setiap SMS yang dihantar. Rate ini bagi aku cukup rendah kerana kebanyakan telco akan charge sekitar RM 0.15. Tapi untuk Tunetalk mereka berikan terus flat rate untuk semua rangkaian.

Kesimpulan Best Basic 28 Data Plan

Amnya ia adalah plan murah yang sangat sesuai untuk kegunaan mereka yang moderate user ataupun dekat rumah sudah ada Wifi. Namun, jika anda seorang yang heavy user, plan ini bukan untuk anda. Sila lihat berapa kelajuan yang diperlukan dan kuota yang anda gunakan setiap bulan supaya anda tahu adakah plan ini berbaloi atau tidak untuk anda.

INGINKAN SIMKAD PERCUMA DAN BELI PLAN DIATAS? WHATSAPP SAYA SEKARANG. KLIK PADA IKON

Alhamdulillah

Ulasan Epik 45 5G

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *