Siapakah Yang Dikenakan Caj SST Di Halo Telco

siapakah dikenakan caj SST

Bismillahirrahmanirrahiim

Hari ini saya akan berkongsi dengan anda semua tentang permasalahan siapakah yang dikenakan caj SST setiap kali top up. Sebagai dealer, mungkin anda pernah terjumpa dengan kes ini yang mana top up yang dilakukan kurang dari harga yang dibayar. Untuk itu, saya akan jelaskan dengan lebih lanjut berkenaan isu tersebut supaya anda boleh terangkan kepada para pelanggan anda.

Siapakah Yang Dikenakan Caj SST

Secara amnya, mereka yang dikenakan caj SST adalah pendaftaran yang menggunakan Passport / IKAD, IMM 13 dan juga pendaftaran syarikat. Warganegara Malaysia tidak dikenakan caj SST semasa top up dilakukan iaitu yang mendaftar menggunakan MyKAD, MyPR, MyPOCA dan MyTentera /Polis.

Bagaimana Caj SST Dikenakan?

Apabila pelanggan anda mendaftar menggunakan Passport, IKAD, IMM 13 dan juga BRN, maka setiap kali top up dilakukan akan terdapat penolakan sebanyak 6%. Contohnya pelanggan anda top up sebanyak RM 10, mereka hanya akan mendapat RM 9.40 sahaja. Caj SST hanya dikenakan sekali sahaja semasa top up dilakukan. Selepas itu, jika anda membeli plan, menghantar SMS atau lakukan panggilan, maka tiada caj SST lagi dikenakan untuk mengelakkan isu Double Charges.

Oleh itu apa yang perlu anda terangkan kepada pelanggan adalah, sekiranya mereka ingin membeli plan berharga RM 20 sebagai contoh, anda boleh nasihatkan untuk top up lebih dari amount yang diperlukan untuk mengambil kira sekali dengan kiraan cukai SST. Jadi pelanggan anda akan tahu dan pada masa akan datang mereka tidak akan tertanya tanya mengapa setiap kali top up akan terdapat pemotongan.

Isu Aneh

Kadang-kadang, ada juga terjadi yang mana walaupun pelanggan anda merupakan warganegara yang menggunakan IC, masih dikenakan pemotongan SST. Perkara ini terjadi disebabkan ralat semasa pendaftaran iaitu semasa mereka mendaftar jenis dokumen yang dipilih adalah Passport sebagai contoh. Disebabkan tagging pendaftaran adalah passport maka caj SST telah dikenakan.

Untuk isu ini, sila rujuk kepada pihak Halo Telco untuk lakukan pembetulan pada maklumat akaun anda dengan menyediakan gambar IC depan dan belakang. Laporan pemindaan akan dibuka untuk memastikan perkara tersebut tidak berulang lagi pada masa akan datang.

Kesimpulan

Saya telah menerangkan dengan lebih lanjut tentang Siapakah Yang Dikenakan Caj SST untuk top up. Diharap info yang dikongsikan ini dapat memberikan sedikit input kepada para rakaniaga semua. Saya doakan perniagaan simkad anda berjaya hendaknya. Sekian terima kasih.

Alhamdulillah

Permohonan MNP Ditolak Dibawah Kod SP10

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *