Servis Pengaktifan Nombor Tamat Tempoh Halo Telco

Bismillahirrahmanirrahiim

Kepada pelanggan yang dihormati, sekiranya anda ingin mengaktifkan semula nombor yang telah tamat tempoh di bawah Halo Telco, sila hubungi saya terlebih dahulu untuk saya lihat sama ada nombor tersebut masih lagi boleh diaktifkan semula ataupun tidak. Klik pada icon Whatsapp di penjuru sebelah kanan.

Berikut adalah tempoh yang diperbolehkan untuk mengaktifkan semula nombor yang telah luput.

  1. No Halo Telco / Tunetalk : 45 hari dari tarikh tamat tempoh.
  2. No MNP dari telco lain : 21 hari dari tarikh tamat tempoh.

Sekiranya nombor anda masih lagi boleh diaktifkan, sila lakukan proses dibawah terlebih dahulu. Servis ini adalah PERCUMA, namun terdapat syarat yang mana anda harus masukkan kod referral CJZDHTSB ketika pendaftaran. Ia memudahkan saya untuk monitor proses pengaktifan nombor tersebut di dalam sistem.

  1. Beli dan daftar satu simkad Halo Telco baru menggunakan maklumat pendaftaran yang sama. Harga simkad Halo Telco semurah RM 5 sahaja. Hubungi saya untuk pembelian simkad baru.
  2. Semasa pendaftaran, sila pilih apa-apa nombor telefon baru untuk sementara waktu sahaja.
  3. Sila masukkan kod referral CJZDHTSB ketika pendaftaran.
  4. Top up ke dalam nombor baru sebanyak RM 50.
  5. Hubungi saya semula untuk saya hantarkan permohonan anda kepada HQ. Sila berikan maklumat berikut untuk saya buka laporan kepada HQ.
    • Nama Penuh
    • Nombor IC
    • Nombor telefon yang telah tamat tempoh
    • Nombor siri SIM (Jika tak pasti, boleh tangkap gambar belakang simkad anda untuk saya semak)

Proses pengaktifan nombor telefon lama akan mengambil masa dalam tempoh 24 – 48 jam. Sila semak dari masa ke semasa di dalam aplikasi Halogo Lifestyle ataupun dial *133#. Anda akan lihat nombor sementara sebelum ini akan bertukar kepada nombor telefon lama anda.

Klik ikon whatsapp dibawah untuk aktifkan nombor lama anda.

Sekian terima kasih.