Bismillahirrahmanirrahiim
EDGE atau GPRS adalah rangkaian 2G yang masih lagi dikekalkan untuk kegunaan pengguna rangkaian mudah alih. Ianya sentiasa digunakan bagi tujuan penghantaran SMS biasa dan juga panggilan biasa. Dengan liputan yang lebih jauh berbanding rangkaian lain, ia masih kekal relevan untuk kegunaan pengguna buat masa ini.
Mengapa Rangkaian Sentiasa pada Network G atau EDGE
Bagi pengguna Halo Telco, pasti kadang-kadang anda terasa pelik, mengapa rangkaian telefon anda sentiasa pada network EDGE sahaja bukan? Dah cuba macam-macam troubleshooting tetap ia jatuh kepada rangkaian ini. Jawapannya sangat mudah. Akaun anda kemungkinan telah kehabisan data kuota ataupun anda tidak langsung mempunyai apa-apa pelan buat masa ini.
Sebab itulah anda akan sentiasa melihat telefon anda cuba untuk bersambung dengan rangkaian 4G tetapi bertukar semula kepada rangkaian G kerana pihak telco telah menutup akses kepada rangkaian tersebut. Bagi menyelesaikan masalah ini, anda harus melakukan langganan pelan supaya anda mempunyai akses kepada rangkaian yang diingini.
Anda boleh melanggan pelan mingguan serendah RM 12 kemudian barulah anda mendapat akses kepada 4G atau 5G seperti biasa. Pembelian plan boleh dilakukan sama ada melalui aplikasi Halo Telco, Tunetalk, SMS ataupun kod *111#. Pastikan anda mempunyai baki kredit yang mencukupi untuk melakukan pembelian plan. Proses akan mengambil masa 3-5 minit dan anda akan menerima SMS pengesahan bahawa anda telah melanggan plan yang diingini.
Kesimpulan
Saya sudah menerangkan kepada anda Mengapa Rangkaian Sentiasa pada Network G atau EDGE. Kadang-kadang ianya bukan isu teknikal tetapi lebih kepada pengurusan akaun sahaja buat masa ini. Pihak Halo Telco akan terus komited untuk memberikan pilihan plan yang murah dengan faedah yang besar kepada para pelanggan yang dihormati.
Sekian Terima Kasih. Alhamdulillah.