Bismillahirrahmanirrahim
Hari ini saya berkesempatan untuk berikan Tune Unlimited RM48 Review iaitu salah satu pelan yang disediakan oleh pihak Tunetalk. Pelan ini adalah pelan lama, oleh itu pengguna tariff Jimat dan juga Tariff Epik tidak akan dapat membeli pelan ini kerana ianya hanya untuk pengguna tariff Hi Value sahaja. Jom lihat ulasan saya mengenai pelan ini.
Ciri-Ciri Pelan Tune Unlimited RM48
| Harga | RM 48 |
| Tempoh | 30 Hari |
| Data Kuota | 100 GB |
| Kelajuan | 6 Mbps |
| Hotspot | 5 GB |
| Panggilan | Percuma ke semua rangkaian |
| SMS | RM 0.12 untuk semua rangkaian |
| Whitelist Apps | Tiada |
Tune Unlimited RM48 Review
Harga yang ditawarkan adalah sebanyak RM 48 yang mana ia adalah harga yang cukup munasabah. Untuk makluman, kebanyakan pakar pengurusan kewangan menetapkan bil telefon sepatutnya sekitar 3-5% dari gaji kasar. Jika kita ikutkan kepada gaji minima RM 1500 di Malaysia, harga ini masih lagi di dalam lingkungan yang mampu milik.
Data kuota yang diberikan juga agak baik iaitu 100 GB. Jika kita lihat purata penggunaan internet di Malaysia adalah sekitar 30-40 GB. Saya sendiri seorang heavy gamer menghabiskan kuota sebanyak 50-60 GB setiap bulan. Jika saya melanggan pelan ini, saya masih ada lagi sekitar 40 GB untuk saya gunakan bagi apa-apa aktiviti internet.
Kelajuan yang diberikan bagi saya agak okay iaitu sekitar 6 Mbps. Oleh itu, pelan ini tidak sesuai untuk heavy gamer yang mana memerlukan sehingga 10-15 Mbps kelajuan supaya tiada masalah lag semasa bermain games kegemaran anda. Berikut adalah senarai aktivit internet yang boleh anda lakukan dengan kelajuan yang dibekalkan.
- Tonton movie (720p) : 5 Mbps
- Tonton movie (SD) : 3 Mbps
- Surf website/email : 1- 3 Mbps
- Social Media : 3-5 Mbps
- Light Mobile Game : 2-3 Mbps
- Video Call : 1-2 Mbps
- Video Conferencing : 5-6 Mbps
- Messaging (Whatsapps, Telegram) : 0.5 Mbps
- Mining bitcoin : 1 Mbps
Hotspot yang ditawarkan pula adalah sebanyak 5 GB sahaja. Oleh itu jika anda kaki hotspot, pelan ini bukan untuk anda. Ianya lebih baik digunakan sebagai kuota hotspot backup sahaja, tidak boleh dijadikan hotspot utama untuk anda sambungkan dengna peranti lain. Selain itu, dengan kekangan pada kelajuan yang ditawarkan, maksimum peranti yang boleh disambungkan adalah sebanyak 2 peranti sahaja untuk mengelakkan masalah lagging.
Panggilan adalah percuma untuk kesemua rangkaian. Oleh itu anda tidak perlu risau untuk membuat mana-mana panggilan ke telco lain. Namun perlu diingatkan panggilan ke nombor telefon pejabat ataupun talian bebas tol bakal dikenakan caj yang berasingan ya.
Rate SMS yang diberikan pula adalah semurah RM 0.12 per SMS ke semua rangkaian. Ianya adalah satu rate yang paling rendah antara telco. Maka, anda boleh jimat dengan lebih banyak jika penggunaan harian anda memang memerlukan untuk penghantaran SMS. Pastikan kredit yang mencukupi sebelum lakukan penghantaran SMS ya?
Kesimpulan
Pelan ini bagi saya tidak berbaloi untuk dibeli. Anda cuma perlu tambah lagi RM 2 untuk membeli Epik 50 yang berikan anda Hotspot yang lebih besar dan juga data kuota sehingga 350 GB. Jika anda pengguna Tune Unlimited, saya sarankan untuk anda lakukan pertukaran kepada tariff Epik yang mana bagi saya lebih berbaloi berbanding pelan Tune Unlimited RM 48 review ini.
Alhamdulillah


