Pelan Tahunan 99 Tunetalk Review

Bismillahirrahmanirrahiim

Anda ada nombor pendua yang ingin kekal aktif tapi hanya gunakan untuk urusan kerja seperti Whatsapp? Hari ini saya berpeluang untuk menulis tentang pelan Tahunan 99 Tunetalk Review yang mana sesuai seperti anda yang ingin nombor alternatif mereka kekal aktif. Jom baca kenapa pelan ini sangat berbaloi untuk orang seperti anda.

Ciri-Ciri Pelan Tahunan 99 Tunetalk

HargaRM 99
Tempoh 12 Bulan
Data2 GB setiap bulan
Kelajuan4G tanpa sekatan
HotspotKongsi dengan kuota utama
PanggilanPercuma untuk rangkaian Tunetalk
RM 0.22 per minit untuk rangkaian lain
SMSRM 0.12 untuk setiap SMS kesemua rangkaian
Whitelist AppsWechat , Whatsapp, Google Maps
(FUP 50 GB)

Tahunan 99 Tunetalk Review

Harga pelan ini cuma RM 99 sahaja. Inilah pelan yang paling murah, yang tiada Telco lain yang offer. Jika dibahagi dengan 12 bulan, anda hanya bayar RM 8.25 sen sahaja. Mana ada telco lain yang tawarkan pelan sebegini yang mana anda dapat panggilan percuma ke rangkaian Tunetalk, high speed internet dengan kuota 2 GB setiap bulan.

Kuota pula diberikan sebanyak 2 GB. Kuota sebesar ini cukup untuk kegunaan emergency yang mana anda sememangnya jarang gunakan nombor alternatif, cuma untuk kekal aktif sahaja. Kira sangat beruntung anda dapat 2GB kerana jika nombor utama anda tidak dapat akses internet dalam waktu-waktu yang tidak disangka, anda boleh gunakan kuota ini untuk teruskan urusan anda.

Kalau bab kelajuan, pihak Tunetalk memang tidak kedekut. Walaupun plan ini murah, anda tetap dapat akses kepada 4G tanpa sekatan. Apabila kita bercakap tentang 4G tanpa sekatan, ia bermaksud anda boleh melakukan semua aktiviti internet tanpa ada isu lag. Kelajuan 4G bermula dari 3 Mbps – 100 Mbps bergantung kepada jarak dari pencawang, peranti dan juga network congestion.

  1. Tonton movie (720p) : 5 Mbps
  2. Tonton movie (SD) : 3 Mbps
  3. Surf website/email : 1- 3 Mbps
  4. Social Media : 3-5 Mbps
  5. Heavy Mobile Game : 10-15 Mbps
  6. Light Mobile Game : 2-3 Mbps
  7. Video Call : 1-2 Mbps
  8. Video Conferencing : 5-6 Mbps
  9. Messaging (Whatsapps, Telegram) : 0.5 Mbps
  10. Mining bitcoin : 1 Mbps

Hotspot pula bagi saya sangat ok yang mana ia berkongsi dengan data utama. Oleh itu 2 GB yang anda dapat kiranya kegunaan dia adalah all-rounder. Mana tahu, anda perlukan internet di laptop anda untuk akses ke Google Drive tetapi wifi rumah pula problem, anda boleh gunakan data 2GB ini untuk teruskan kerja anda.

Panggilan adalah percuma untuk semua rangkaian Tunetalk. Jadi, kalau kawan anda pakai nombor Tunetalk, anda boleh spam call sampai habis bateri kawan anda. Untuk panggilan lain pula caj standard RM 0.22 sen satu minit akan dikenakan. Namun, saya pasti anda tak akan topup semata-mata nak call kerana anda cuma nak top up sekali sahaja dalam setahun.

SMS seperti biasa, RM 0.12 satu SMS ke semua rangkaian. Ia merupakan rate termurah dalam kalangan telco lain yang mana bermula dari RM 0.15 untuk setiap SMS ke semua rangkaian. Oleh itu, anda boleh berjimat dengan menggunakan rate yang murah dari Tunetalk.

Yang bestnya, anda ada whitelist apps untuk Google Maps, Whatsapp dan Wechat. Seperti tadi anda tidak boleh call ke telco lain, jangan risau, Whatsapp kan ada. Anda boleh hubungi kawan anda menggunakan Whatsapp kerana data kuota Whatsapp tidak menggunakan kuota 2 GB yang dibekalkan. Malah jika anda sesat, jangan segan silu untuk buka Google Maps kerana ia juga tidak menggunakan kuota 2 GB yang dibekalkan.

Kesimpulan

Pelan ini sangat sesuai untuk pengguna yang ingin jadikan nombor Halo Telco mereka nombor back up sahaja. Jika anda peniaga yang memerlukan nombor kedua yang boleh dihubungi juga sangat sesuai untuk ambil pelan ini kerana penggunaan tanpa had untuk Whatsapp dan Wechat. Semua urusan perniagaan boleh diselesaikan didalam kedua-dua platform mesej ini.

Tahunan 200 Tunetalk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *