Bismillahirrahmanirrahiim
Adakah anda terasa pelan bulanan terlalu mainstream? Apa kata kita lihat pelan tahunan 200 Tunetalk review yang mana anda cuma perlu langgan sekali sahaja, nombor akan terus aktif untuk satu tahun tanpa perlu sakit kepala nombor tiba-tiba mati disebabkan lupa topup. Jom lihat saya review plan tahunan 200 ini dahulu.
Ciri-Ciri Tahunan 200 Tunetalk
Harga | RM 200 |
Tempoh | 12 bulan |
Kuota | 10 GB setiap bulan |
Kelajuan | 4G tanpa sekatan |
Hotspot | Berkongsi dengan kuota asas |
Panggilan | Percuma untuk rangkaian Tunetalk RM 0.22 sen setiap 60 saat ke rangkaian lain |
SMS | RM 0.12 untuk setiap SMS yang dihantar |
Whitelist Apps | Tiada |
Pelan Tahunan 200 Tunetalk Review
Pelan tahunan ini tak banyak telco yang tawarkan, jadi, Tunetalk telah bangunkan pelan ini untuk kegunaan pengguna mereka. Harga yang ditawarkan adalah RM 200, yang mana cukup berbaloi dengan ciri-ciri yang diberikan. Jika dibahagi 12 bulan, satu bulan pelan anda hanya berharga RM 16.60 sahaja.
Kuota bulanan yang diberikan adalah sebanyak 10 GB sahaja. Oleh itu, ia sesuai untuk mereka yang gunakan sedikit sahaja data untuk kegunaan kerja atau bermain game-game yang ringan seperti Candy Crush. Jika anda kuat online, kuota ini pasti tidak akan cukup untuk anda.
Walaupun harganya murah, Tunetalk murah hati ingin berikan kelajuan 4G tanpa sekatan. Kelajuan tersebut boleh bermula dari 3 Mbps – 100 Mbps, tertakluk kepada kawasan, peranti dan juga network congestion di kawasan tersebut. Berdasarkan pengalaman penggunaan saya, kelajuan yang paling tinggi yang pernah saya dapat adalah sebanyak 47 Mbps. Ianya sangat okay kerana jika anda bermain heavy games, speed paling optimum adalah 15-20 Mbps. Dibawah adalah jangkaan kelajuan yang diperlukan untuk anda gunakan internet.
- Tonton movie (720p) : 5 Mbps
- Tonton movie (SD) : 3 Mbps
- Surf website/email : 1- 3 Mbps
- Social Media : 3-5 Mbps
- Heavy Mobile Game : 10-15 Mbps
- Light Mobile Game : 2-3 Mbps
- Video Call : 1-2 Mbps
- Video Conferencing : 5-6 Mbps
- Messaging (Whatsapps, Telegram) : 0.5 Mbps
- Mining bitcoin : 1 Mbps
Yang paling best kuota asas sebanyak 10 GB boleh dikongsi bersama untuk hotspot. Oleh itu, ia memberikan kebebasan untuk anda fully utilized semua data yang ada. Jadi, tiada isulah yang mana bila anda nak guna hotspot, data bucket untuk hotspot sudah habis dan tidak boleh layari internet pada peranti lain.
Panggilan adalah percuma ke seluruh rangkaian. Jika anda buat panggilan ke telco lain, flat rate diberikan iaitu RM 0.22 sen per minit. Pergh serious murah, jika anda ingin bandingkan dengan telco lain yang mula menawarkan bayaran berdasarkan penggunaan bermula RM 0.20 sehingga RM 0.30 untuk telco-telco yang lain.n Oleh itu bagi saya rate ini memang sangat berbaloi.
SMS seperti biasa, masih lagi champion dalam kalangan telco lain. SMS rate yang diberikan adalah RM 0.12 flat rate untuk semua telco. Tak perlu nak pening kepala berapa sen akan dicaj untuk SMS yang dihantar kerana rate dia dalah sama sahaja untuk semula telco. Malah ia antara SMS caj yang termurah yang ada di Malaysia.
Kesimpulan
Selepas anda baca semua pelan tahunan 200 tunetalk seperti dibawah, ingin saya tegaskan plan ini TIDAK SESUAI untuk anda yang tiada Wifi di rumah, yang bergantung 100 peratus kepada data pada phone dan anda yang kuat online. 10 GB data kuota tidak akan cukup sekiranya anda selalu online untuk tujuan hiburan seperti menonton video.
Pelan ini SESUAI untuk mereka yang gunakan handphone untuk aktiviti kerja sahaja, dekat rumah sudah ada Wifi, dan tidak bergantung kepada data plan internet telefon. Malah ia juga hanya SESUAI untuk orang yang malas top up setiap bulan. Jika anda rajin untuk topup setiap bulan, JANGAN AMBIL PLAN ini. Sila pilih Hi 15 yang mana features sama sahaja dengan pelan tahunan ini, malah lebih murah.