Bismillahirrahmanirrahiim
Kos kehidupan semakin meninggi akibat faktor inflasi yang semakin meningkat saban tahun. Lantaran itu, kebanyakan rakyat Malaysia sudah fokus untuk mengawal perbelanjaan mereka, termasuk dengan kos pembayaran data internet. Artikel kali ini akan fokus pelan data internet paling murah tahun 2024, dengan harapn ianya dapat membantu anda membuat pilihan pelan mana yang paling berbaloi dengan anda.
Pelan Data Internet Paling Murah
Sebelum saya lakukan perbandingan, haruslah diingatkan beberapa perkara untuk anda memilih sesuatu data pelan internet dari telco. Sila rujuk panduan dibawah :
- Pastikan kawasan anda mempunyai liputan telco tersebut iaitu 2G 4G dan juga 5G
- Pastikan harga plan berada dalam bajet perbelanjaan lingkungan 3-5% dari gaji kasar
Walau apapun, faktor yang pertama adalah faktor paling penting iaitu liputan kawasan. Tiada guna kalau anda dapat pelan termurah sekalipun tetapi kawasan anda tiada liputan. Rugilah kalau anda tidak boleh menggunakan servis yang dibayar. Berikut adalah senarai pelan data internet paling murah untuk semua telco. Untuk makluman, dibawah ini adalah untuk pelan PREPAID sahaja. Tidak adil untuk bandingkan prepaid dengan postpaid yang mana postpaid pasti memberikan kelebihan yang lebih besar dari segi ciri-ciri plan yang ditawarkan.
TELCO | Harga / Plan | Data | Kelajuan | Hotspot | Call / SMS |
Celcom/Digi | RM 25 5G 25 | 80 GB | 100 Mbps (15GB pertama) 3 Mbps | 3 GB | Panggilan tiada had ke semua rangkaian |
Maxis | RM 25 Pantas 60 GB | 30 GB (4G/5G) 30 GB (5G) | 4G dan 5G | Kongsi dari data utama | Panggilan tiada had ke semua rangkaian |
Umobile | RM 25 U-Prepaid 25 | 40 GB | 6 Mbps | Tiada | Panggilan tiada had ke semua rangkaian |
Yes | RM 20 FT5G 20 | 50 GB | 5G/4G | Kongsi dari data utama | Panggilan tiada had ke semua rangkaian |
Halo Telco / Tunetalk | RM 15 HI-15 | 10GB | 4G tiada sekatan | Kongsi dari data utama | Panggilan tiada had untuk rangkaian Tunetalk |
RedOne / BeOne | RM 25 RF 30 | 30 GB | 4G tiada sekatan | Tiada | Panggilan tiada had ke semua rangkaian |
OneXOX | RM 18 WAWA 18 | 18 GB | 4G tiada sekatan | Kongsi dari data utama | 100 min ke semua rangkaian |
Berikut adalah kesimpulan daripada jadual diatas.
- Pelan termurah : Halo Telco Hi 15 dengan harga RM 15
- Pelan paling berbaloi (Call Unlimited / 5G Akses / Hotspot dari Main Kuota : Maxis Pantas 60 GB
Kesimpulan
Maka, berakhirlah perbandingan untuk Pelan Data Internet Paling Murah pada tahun 2024. Secara amnya, Maxis tapau semua sekali. Speed mantap, data kuota besar, hotspot shared dari kuota utama dan siap ada unlimited call untuk harga RM 25 sahaja. Kepada yang betul-betul bajet tipis, boleh consider ambil Halo Telco Hi 15, bulanan hanya RM 15 sahaja.
Namun seperti yang saya jelaskan sebelum ini, pastikan COVERAGE ADA DIRUMAH ANDA DAHULU sebelum langgan apa-apa plan ya? Terima kasih kerana membaca. Jika anda ingin dapatkan simkad Halo Telco percuma, sila tekan icon Whatsapp disebelah.
Alhamdulillah.