Mengapa Ada Bilik Yang Tiada Signal

Bismillahirrahmanirrahiim

Pernah tak anda mengalami masalah diatas iaitu ada bilik yang tidak ada signal telefon langsung. Dekat ruang tamu signal penuh, tapi bila masuk sahaja bilik tidur, signal 1 bar sampai tiada signal langsung. Pasti anda tertanya-tanya bukan? Jangan risau, artikel kali ini saya akan kupas mengapa ada bilik yang tiada signal.

Faktor Mengapa Ada Bilik Yang Tiada Signal

Berikut adalah sebab-sebab am mengapa ada bilik yang tiada signal :

  1. Struktur binaan – Binaan seperti reinforced concrete, tinted tingkap yang terlampau tebal
  2. Design rumah – Rumah yang terlampau banyak corner, bilik akan menyebabkan ada satu kawasan yang langsung tiada signal. Biasa rumah orang kaya.
  3. Gangguan Peranti Elektronik seperti Microwave tapi jarang sangat
  4. Kawasan tersebut memang mempunyai signal yang lemah walau diluar rumah.

Jadi, berikut adalah perkara yang perlu anda lakukan untuk selesaikan isu ini. Saya akan jelaskan berdasarkan sebab yang menyebabkan tiada sginal dalam sesuatu bilik.

Pertama : Anda semak dahulu adakah kawasan tersebut mempunyai capaian signal yang baik. Anda boleh semak di laman Web Celcom untuk semak capaian rangkaian adalah baik atau tidak. Jika baik, anda boleh teruskan dengan cara seterusnya, tetapi jika kawasan tersebut memang tiada signal langsung, anda boleh pertimbangkan untuk pilih telco lain.

Kedua : Jika kawasan anda mempunyai signal yang baik, sila pindahkan semua barang-barang elektronik seperti Microwave atau Peti Ais. Boleh letakkan ia pada kawasan yang paling kurang orang duduk atau letakkan jauh dari tingkap yang mana kawasan signal masuk lebih kuat disitu. Jika letak peti ais atau microwave berdekatan tingkap akan menyebabkan signal disekat.

Ketiga – Cuba tukar kepada rangkaian 2G. Jika anda menerima rangkaian 2G, ia bermaksud rangkaian 4G atau 5G gagal untuk tembus masuk ke dalam bilik tersebut. Oleh itu anda perlu membeli booster. Sila pastikan anda membeli booster dari peranti yang disahkan oleh MCMC. Untuk tahu ia diluluskan MCMC atau tidak, peranti booster tersebut akan ada pelekat MCMC . Harga untuk booster adalah sekitar RM 300- RM 600 satu unit.

Keempat – Jika anda tiada bajet, mungkin anda boleh cuba untuk tukar telco kerana setiap telco beroperasi dengan frekunsi yang berbeza namun kejayaan cara ini sangat tipis kerana range operasi frekuensi 4G atatu 5G lebih kurang sahaja.

Kesimpulan

Saya sudah terangkan mengapa ada bilik yang tiada signal dan cara untuk atasi masalah tersebut. Isu ini walaupun anda buka laporan teknikal bersama telco anda biasanya akan berakhir dengan kekecewaan. Oleh itu, anda boleh cuba untuk lakukan proses seperti diatas. Diharap panduan ini dapat memberikan nilai tambah kepada anda semua. Sekian terima kasih.

Cara Semak Model Telefon

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *