Masalah Tidak Boleh Layari Sesuatu Aplikasi Atau Website

Masalah Tidak Boleh Layari Sesuatu Aplikasi Atau Website

Bismillahirrahmanirrahiim

Hari ini saya akan berkongsi dengan anda semua tentang cara bagaimana untuk atasi masalah tidak boleh layari sesuatu aplikasi atau website. Sambungan internet anda baik tetapi anda tidak boleh membuka sesuatu aplikasi yang anda ingin kan. Pasti anda buntu bukan? Jangan risau, artikel kali ini akan kupas bagaimana untuk selesaikan isu tersebut.

Cara Mengatasi Masalah Tidak Boleh layari Sesuatu Aplikasi Atau Website.

Dibawah adalah cara bagaimana untuk anda troubleshoot isu yang sedang berlaku. Jom kita semak sama-sama.

Pertama : Restart Telefon
Ini adalah kaedah yang paling mudah. Restart sahaja telefon anda kemudian cuba sekali lagi. Kadang-kadang, disebabkan old cache, anda tidak boleh membuka website atau aplikasi yang anda ingini.

Kedua : Tukar browser atau reinstall aplikasi.
Mungkin sesetengah website tidak ngam untuk digunakan dalam Microsoft Edge, Chrome dan sebagainya. Oleh itu, dengan bertukar kepada browser lain, isu tersebut boleh diselesaikan. Bagi aplikasi pula, lebih baik untuk anda reinstall semula aplikasi supaya anda mempunyai kemaskini terbaru dari penyedia aplikasi.

Ketiga : Kemaskini OS Telefon Anda.
Sesetengah website atau aplikasi tidak menyokong OS yang sudah outdated. Oleh itu anda harus melalukan kemaskini OS anda di dalam telefon. Malangnya, setiap telefon mempunyai OS yang tertinggi yang boleh dikemaskini. Jika OS tersebut tidak disokong oleh penyedia platform, anda terpaksa mendapatkan telefon yang terbaru.

Keempat : Gunakan VPN Cloudflare 1.1.1.1
Kadang-kadang penyedia internet anda ada melakukan IP Blocking bertujuan untuk mengelakkan anda dari melayari website terlarang seperti porno, pemerdagangan manusia dan apa-apa aktiviti jenayah selari dengan kehendak SKMM. Namun, kadang-kadang, senarai tersebut termasuk juga dalam aplikasi atau website yang anda ingin layari. Oleh itu anda boleh download VPN Cloudflare untuk bypass masalah ini.

Kelima : Hubungi pihak telco anda
Jika masalah masih berlarutan, jangan segan untuk berhubung dengan telco anda bagi penyelesaian selanjutnya. Di Halo Telco, pihak teknikal akan reset dahulu rangkaian internet akaun anda dan biasanya masalah akan selesai. Namun jika masih berlanjutan baru lah mereka akan melakukan pembaikan yang lebih terperinci.

Kesimpulan

Saya telah menerangkan tentang cara bagaimana untuk menyelesaikan isu masalah tidak boleh layari sesuatu aplikasi atau website. Benda ini jarang berlaku tetapi kes-kes seperti ini masih lagi terjadi. Oleh itu anda boleh ikuti langkah-langkah yang telah saya kongsikan bersama anda. Selamat berpuasa dan salam sejahtera.

Cara Reset Pin Pengesahan Halo Telco

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *