Masalah Hotspot Tak Boleh Connect

hotspot tak boleh connect

Bismillahirrahmanirrahiim

Hari ini saya akan mengulas tentang masalah Hotspot tak boleh connect pada device lain. Benda ini kerap terjadi kepada pengguna dan sebenarnya ianya cukup mudah untuk selesaikannya. Oleh itu, mari kita lihat satu persatu kaedah untuk selesaikan isu tersebut.

Apa itu Hotspot

Hotspot adalah satu teknologi untuk menjadikan phone anda bertindak sebagai router dan anda boleh berkongsi mobile data anda bersama dengan orang lain. Di dalam pelan Tunetalk, kesemua plan membenarkan anda untuk menggunakan hotspot bersama dengan peranti lain. Oleh itu, bagi pelanggan yang ingin menggunakan internet serentak pada peranti yang berbeza, hotspot lah jawapannya.

Punca Hotspot Tak Boleh Connect

Secara amnya, bila saya katakan hotspot tak boleh connect, ia menjurus kearah langsung tidak boleh disambungkan dengan peranti lain, bukan disebabkan tiada sambungan rangkaian atau rangkaian yang perlahan. Ini kerana hotspot masih lagi boleh disambungkan walaupun tiada mobile data, cuma tak ada internetlah.

Berikut adalah senarai mengapa Hotspot tak boleh Connect :

  1. Kesalahan pada password
  2. Kerosakan peranti
  3. Kepadanan Wavelength
  4. Kepadanan Security Encryption

Masalah pertama adalah kesalahan pada password. Bila password salah, memang anda tidak boleh connect langsung. Oleh itu, penyelesaian isu ini adalah anda set semula password yang lain. Pada peranti lain pula, anda harus set kepada forget connection, supaya sambungan tidak akan menggunakan password yang lama dan anda harus gunakan password yang baru adan set untuk Hotspot.

Masalah kedua adalah kerosakan pada peranti itu sendiri. Ianya turut menyumbang kepada masalah hotspot tak boleh connect. Tidak kisalha sama ada pada hardware atau software. Untuk selesaikannya, sila cuba tukarkan ke peranti lain dahulu. Jika peranti lain boleh gunakan hotspot, maka masalah sebenar adalah pada peranti. Sila cuba untuk update dahulu Operating System peranti kemudian restart. Jika masalah masih lagi berlaku, sila bawa ke kedai baik pulih telefon untuk pembaikan.

Masalah ketiga adalah kepadanan Wavelength. Hotspot mempunyai pilihan sama ada 2.4 GHz ataupun 5 GHz. Hotspot tidak seperti router yang boleh set untuk beroperasi dalam kedua-dua frequency. Ia hanya boleh beroperasi dalam satu freq sahaja.Perkara ini akan memberi masalah jika anda set pada 5 GHz, namun peranti lain tidak ada sokongan frekuensi 5 GHz. Oleh itu, cara penyelesaian adalah tukar kepada frekuensi 2.4 GHz dan sambungkan hotspot semula.

Terakhir adalah kepadanan security Encryption. Semasa setkan hotspot anda boleh set sama ada untuk gunakan WPA, WPA 2 dan WPA 3. Masalah akan berlaku apabila anda set kepada WPA 3 iaitu tahap security encyption yang paling tinggi, namun peranti-peranti lain tidak dapat membaca encryption tersebut. Oleh itu, anda boleh turukan kepada WPA 2 dan cuba untuk hubungkan hotspot anda semula.

Kesimpulan

Saya telah menerangkan tentang masalah Hotspot tak boleh connect dan bagaimana cara untuk selesaikannya. Di Halo Telco, plan-plan yang paling berbaloi untuk anda yang kaki hotspot adalah Hi 35 dan juga Bebas 55 yang mana data kuota utama boleh digunakan sebagai hotspot. Jadi, anda tidaklah terikat dengan data bucket sebanyak 5 GB atau 10 GB sahaja.

Alhamdulillah

Cara Dapatkan Insurans Tunetalk Percuma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *