Maksud Bandwidth Internet

Maksud Bandwidth Internet

Bismillahirrahmanirrahiim

Post kali ini saya akan menerangkan tentang maksud bandwidth internet beserta dengan konsep latency dan juga ping. Perkara ini penting untuk anda tahu supaya semasa anda lakukan speedtest, anda faham apa yang sedang berlaku pada sambungan internet anda. Mari kita lihat satu Persatu.

Maksud Bandwidth Internet Latency dan juga Ping

Bandwidth : Jumlah maksimum data boleh dihantar dalam satu masa. Biasanya masa anda lakukan speedtest ia akan keluar Download Speed dan juga Upload Speed. Contohnya DL 100 Mbps, ia bermaksud bandwidth anda adalah sebesar 100 Mbps pada ketika itu. Ianya penting jika anda ingin load satu website atau data dalam masa yang pantas.

Latency : Ia bermaksud masa yang diperlukan untuk data dihantar dari point A ke point B kemudian pulang semula kepada Point A. Ianya penting untuk anda yang sedang lakukan streaming online seperti online gaming yang mana memerlukan sambungan yang berterusan.

Ping : Ia adalah tool yang digunakan untuk mengira latency. Antara contoh bacaan yang baik adalah 10>30 m/s, 30-100 m/s adalah sederhana dan 100 m/s keatas akan mengakibatkan lag yang teruk,

Bagaimana Untuk Menafsir Bacaan Speedtest.

Selain anda mengetahui maksud Bandwidth Internet, berikut saya tunjukkan cara bagaimana untuk membaca speedtest anda. Rujuk maklumat dibawah :

Ini adalah contoh bacaan internet saya serta penafsirannya.

  1. Download 84.44 Mbps : Cukup baik dan tiada masalah untuk saya buka website dengan pantas
  2. Download Ping Latency : 156 ms. Tidak sesuai untuk gaming atau video streaming. Akan ada banyak lag
  3. Upload : 2.99 Mbps Selalunya rendah kerana kebanyakan tower fokus untuk DL
  4. Upload Ping Latency : Selalunya rendah kerana kebanyakan tower fokus untuk DL

Secara amnya, sambungan internet saya ok untuk browsing tetapi akan ada sedikit lag jika saya lakukan video call, conferencing ataupun streaming online seperti live. Video boleh ditonton tanpa gangguan kerana rata-rata pelayar akan download in advance video yang kita ingin tonton supaya anda tidak akan merasa lag.

Kesimpulan

Saya telah menjelaskan tentang maksud bandwidth internet. Diharap artikel ini dapat memberikan nilai tambah kepada anda bagaimana untuk anda menafsir speedtest yang sering atau kerap anda ambil semasa lakukan troubleshooting. Alhamdulillah

Isyarat Telefon Tidak Stabil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *