Kenapa 5G Tidak Sesuai Untuk Apartment

kenapa 5g tak best di apartment

Bismillahirrahmanirrahiim

Sebagai pengguna pasti anda semua terkejut apabila anda sudah mempunyai ikon 5G, tetapi kelajuan sangat rendah dan tidak konsisten malah terputus-putus di apartment anda semua. Hakikatnya, ianya bukan masalah telefon anda, atau pelan anda, tetapi sifat teknologi 5G itu sendiri. Artikel kali ini akan kupas kenapa 5G tidak sesuai untuk apartment yang bertingkat tinggi.

Sebab Kenapa 5G Tidak Sesuai Untuk Apartment

Pertama – Frekuensi 5G menggunakan frekuensi tinggi bermula dari midband wave dan mmWave berbanding 4G. Frekuensi yang tinggi ini mampu membawa data yang besar yang menyebabkan kelajuan boleh mencapai sehingga 1000 Mbps dalam satu masa namun frekuensi ini sukar untuk menembus bahan binaan bangunan seperti konkret. Malah struktur dalaman seperti rangka besi lantai dan sebagainya menyerap tenaga signal menyebabkan anda sebagai penerima akhir akan mendapat signal 5G yang lemah.

Kedua – Obstruciton di dalam Apartment. Terdapat banyak struktur besi dan tetulang yang dibina untuk membuatkan apartment menjadi kukuh. Malah dengan lapisan tingkat yang banyak, menyebabkan 5G sukar masuk atau disekat. Berbanding dengan pengguna yang duduk di rumah teres, faktor ini ada tetapi minima dan signal 5G boleh tembus masuk tanpa banyak soal.

Ketiga – 5G bergantung kepada LOS . Line of Sight bermaksud anda boleh nampak antenna tersebut dari tempat anda berada. Jika ada sesuatu yang menghalang LOS, maka ia akan mengganggu rangkaian 5G. Sekiranya anda duduk diperumahan teres, anda keluar rumah anda boleh nampak 1 unit antenna 5G berdekatan yang mana biasanya dipasang di bumbung bangunan 2 tingkat. Berbeza dengan pengguna di apartment, lagi lagi yang dibina di tengah tengah blok yang padat, semakin suka untuk mendapatkan LOS 5G.

Keempat – Handover Switching. Telefon pintar kita direka untuk memberikan keutamaan kepada signal yang kuat, bukan teknologi. Jika signal yang kuat adalah 4G, maka telefon akan capture 4G dan sebaliknya. Namun kita boleh sahaja set kepada 5G Only atau 5G preferred tetapi anda akan mengalami sambungan internet yang sangat buruk. Oleh itu anda akan rasa sambungan internet menjadi intermittent disebabkan telefon suka tukar daripada 4G ke 5G dan sebaliknya semasa di apartment.

Kesimpulan.

Saya telah menerangkan Kenapa 5G Tidak Sesuai Untuk Apartment. Oleh itu set lah telefon anda kepada 4G preferred semasa di apartment supaya anda kekal mendapatkan internet yang konsisten. Secara amnya, 5G sangat sesuai ketika berada di kawasan terbuka seperti mall dan stadium atau perumahan teres. Ini bukan isu telco atau isu telefon, ini adalah sifat teknologi 5G itu sendiri.

Masalah Data Mudah Alih DI Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *