Insurance PA Tunetalk Telah Dinaiktaraf

insurans PA Tunetalk

Bismillahirrahmanirrahiim

Kepada semua pengguna pelan EPIK, berita baik untuk anda semua kerana insurance PA Tunetalk telah dinaiktaraf. Ramai yang telah menlihat insurans ini sebagai alternatif kepada mereka yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan perlindungan dari kemalangan. Bermula pada tahun 2026 ini pihak Tunetalk telah memberikan lebih banyak faedah didalam perlindungan ini.

Insurance PA Tunetalk Telah Dinaiktaraf

Jika dahulu, pelanggan perlu top up minima RM 50 untuk mendapatkan perlindungan kemalangan sehingga RM 50,000. Dengan naiktaraf ini, anda semua hanya perlu lakukan langganan pelan sahaja iaitu EPIK 35 atau EPIK 50. Bagi pelanggan yang menggunakan pelan EPIK 35, had maksimum tuntutan telah dinaikkan sehingga RM 100,000. Manakala untuk pengguna EPIK 50 pula had maksima tuntutan pula adalah sehingga RM 150,000. Bayangkan dengan hanya kekal melanggan pelan bulanan, anda terus menikmati perlindungan insurans secara percuma.

Mekanisme – Perlindungan hanya akan aktif selepas 60 hari cooling off period sekiranya anda pengguna baru. Jika anda pengguna lama tiada masalah, anda hanya perlu langgan pelan EPIK 35/50 pada bulan ini dan perlindungan akan aktif untuk bulan akan datang. Teruskan langgan pelan bulanan supaya perlindungan dapat diberikan secara berterusan.

Jenis Perlindungan – Jenis perlindungan masih dikekalkan dan tiada perubahan. Oleh itu sekiranya anda mengalami kemalangan yang menyebabkan anda meninggal dunia atau cacat kekal, anda layak untuk melakukan tuntutan. Dengan hanya melakukan panggilan ke Customer Service Tunetalk, mereka akan bantu dan guide anda untuk lakukan tuntutan atas kemalangan yang dialami.

Tuntutan – Tempoh tuntutan perlu dilakukan dalam tempoh 30 hari dari tarikh kemalangan. Anda boleh mohon saudara mara terdekat untuk kumpulkan semua dokumen yang diperlukan dan hantar terlebih dahulu kepada pihak yang menguruskan claim tersebut iaitu Tunetalk. Biasanya dokumen akan tidak lengkap, tapi lebih baik anda hantarkan sahaja terlebih dahulu dokumen yang ada di tangan kemudian barulah lengkapkan dokumen susulan yang diperlukan seperti laporan perubatan dan sebagainya.

Kesimpulan

Saya telah menerangkan tentang Insurance PA Tunetalk Telah Dinaiktaraf. Bagi saya ianya satu berita baik kepada anda semua kerana tanpa apa-apa kos tambahan, anda mendapat perlindungan yang lebih besar. Anda tidak lagi perlu untuk membayar untuk kos insurans luar dan boleh berjimat setiap bulan. Jom dapatkan sim Halo Telco dan langgan pelan EPIK untuk menikmati perlindungan kemalangan secara percuma!

Kenapa 5G Tidak Sesuai Untuk Apartment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *