Had Pendaftaran SIM Prepaid Tahun 2026

Had Pendaftaran SIM Prepaid

Bismillahirrahmanirrahiim

Untuk makluman, baru-baru ini kita dikejutkan dengan cadangan untuk meletakkan had pendaftaran sim prepaid tahun 2026. Cadangan ini telah diusulkan di parlimen dan masih lagi dalam proses draf. Langkah ini diambil bagi mengurangkan aktiviti scam yang menggunakan sim prepaid khasnya dan jika berjaya, ia akan dilaksanakan pada tahun 2026 ini.

Inti Pati Cadangan Had Pendaftaran SIM Prepaid

Pertama, ianya hanya terhad kepada penggunaan prepaid sahaja. Buat masa ini tiada desas desus menyatakan cadangan ini termasuk sekali untuk penggunaan postpaid. Mungkin disebabkan postpaid mempunyai peraturan yang lebih ketat berbanding prepaid dan menjadi alternatif kepada syarikat untuk menyediakan nombor telefon yang banyak untuk pekerja mereka, maka ia dikecualikan.

Kedua, had akan diturunkan dari 5 ke 2 nombor sahaja untuk setiap telco bagi warganegara. Untuk warga asing pula hanya 2 nombor sahaja secara keseluruhan tidak kira dari mana-mana telco. Seperti yang kita tahu banyak aktiviti scam ini dijalankan oleh warganegara asing yang bertapak di Malaysia. Oleh itu ianya sangat baik untuk dilaksanakan.

Ketiga pengaplikasian MyDigital ID akan dikuatkuasakan. Oleh itu ia akan mengurangkan masalah unauthorized registration yang mana IC pernah hilang kemudian digunakan bagi tujuan pendaftaran. Nampak langkah Multi Factor Authorization ini sangat menekankan bahawa hanya mereka yang benar-benar sah sahaja yang boleh lakukan pendaftaran.

Keempat, bagi pendaftaran berumur dari 12 tahun sehingga 17 tahun, satu mekanisme kebenaran penjaga diperlukan sebelum pendaftaran diteruskan. Ini bertujuan untuk memantau aktiviti penggunaan telefon dalam kalangan remaja supaya pendedahan mereka terhadap aktiviti yang tidak bermoral dapat dikurangkan setidaknya.

Kesimpulan

Saya telah menerangkan tentang Had Pendaftaran SIM Prepaid yang mungkin dikuatkuasakan pada tahun 2026 sekiranya diluluskan. Sebagai pengguna, kita harus akur bahawa semua tindakan undang-undang yang dilakukan adalah demi kebaikan bersama. Daripada mengorbankan keselamatan kita, baiklah kita korban keselesaan kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *