Cara Tutup Call Forwarding

Cara Tutup Call Forwarding

Bismillahirrahmanirrahiim

Hari ini saya akan kongsikan dengan anda semua cara tutup call forwarding untuk android. Mesti anda rasa keliru bagaimana nak tutup Call Forwarding dekat dalam setting, atau bila buat langsung tak jadi. Jangan risau, artikerl kali ini akan menerangkan tentang cara tutup fungsi tersebut hanya menggunakan kod sahaja.

Apa itu Call Forwarding

Ia adalah salah satu fungsi yang mana anda akan mengalihkan panggilan dari sesuatu nombor ke nombor yang lain. Perkara ini selalu dilakukan oleh para peniaga yang mana mereka akan alihkan mana-mana panggilan yang tidak dapat menghubungi mereka ke nombor kedua mereka. Ini untuk mengelakkan supaya panggilan-panggilan penting dapat dihubungi walaupun terjadi masalah rangkaian pada simkad mereka.

Cara Tutup Call Forwarding

Namun, dewasa ini, fungsi ini sangat jarang digunakan oleh pengguna biasa. Malah ia boleh menjadi gangguan apabila mereka tidak dapat hubungi nombor yang diingini malah dialihkan kepada nombor yang lain pula. Berikut adalah cara bagaimana untuk tutup Call Forwarding di Android.

PERTAMA : Buka kekunci dial telefon anda dan dial ##21# dan tekan Call

KEDUA : Biarkan sistem lakukan proses yang diperlukan

KETIGA : Anda akan mendapati info seperti ini yang mana menunjukkan Call Forwarding telah pun ditutup.

Kesimpulan

Saya telah menerangkan tentang cara tutup call forwarding untuk kebanyakan pengguna android. Namun, terdapat telefon yang tidak boleh menggunakan kod yang diberikan untuk tujuan yang sama. Oleh itu, anda terpaksa gunakan kaedah manual iaitu set didalam setting telefon anda sendiri. Terima kasih kerana membaca. Alhamdulillah.

Masalah Tidak Boleh Layari Sesuatu Aplikasi Atau Website

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *