Cara Tuntut Khairat Kematian Halo Telco

khairat kematian halo telco

Bismillahirrahmanirrahiim

Hari ini saya berkesempatan untuk menulis artikel tentan cara tuntut khairat kematian Halo Telco. Ia adalah faedah tambahan yang pihak syarikat berikan kepada semua pengguna tanpa sebarang kos tambahan. Bayangkan, hanya perlu langgan data sahaja sudah melayakkan anda untuk tuntutan khairat kematian tersebut.

Cara-Cara Tuntutan Khairat Kematian Halo Telco

Berikut adalah syarat-syarat yang diperlukan sebelum anda layak untuk lakukan tuntutan :

  1. Pelanggan harus melanggan pelan selama enam bulan berturut-turut tanpa culas. Jika ada satu bulan yang terlupa untuk langgan, enam bulan tersebut akan bermula dari awal semula.
  2. Nombor pelanggan harus aktif sewaktu kematian berlaku
  3. Hanya satu tuntutan boleh dilakukan walaupun pelanggan ada lebih dari satu nombor yang aktif
  4. Had umur 18-60 tahun sahaja

Wakil pelanggan boleh melakukan tuntutan dalam tempoh 90 hari dari tarikh kematian dengan menghantarkan email kepada pihak Halo Telco. Sila ikuti format yang diberikan seperti dibawah.

  • Nama Penuh:
  • Nombor IC/Passport;
  • Nombor Telefon:
  • Nombor Siri SIM (S/N):
  • Tarikh Kematian:

Butiran yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada emel kami support@halogo.my dan proses ini mengambil masa 7-14 hari bekerja untuk diselesaikan.

Dibawah adalah faedah khairat kematian Halo Telco yang diterima berdasarkan langganan.

i. RM800 – M6/TuneUNL/BestBasic28/Molek25/Borneo25/Hi35/Fokus33/Epik35.

ii. RM1200 – M10/Fokus40/Bebas55/Epik45/Epik50.

Cara Semak Kelayakan Untuk Khairat Kematian Halo Telco

Anda semua boleh semak sama ada layak untuk menuntut khairat kematian Halo Telco di dalam Selfcare sendiri. atau semak dengan bahagian Khidmat Pelanggan. Sila rujuk kaedah dibawah untuk semak kelayakan anda.

  1. Login ke Halogo Lifestyle
  2. Tekan pada bahagian Selfcare
  3. Tekan pada Complimentary Insurance Coverage
  4. Jika ada lampu hijau pada Khairat Kematian bermaksud anda layak untuk mendapat perlindungan pada bulan tersebut.
  5. Klik pada ikon Khairat Kematian untuk lihat lebih lanjut sama ada anda layak untuk pada bulan akan datang atau tidak.

Kesimpulan

Saya sudah menerangkan tentang syarat-syarat, cara tuntut beserta dengan kaedah untuk semak tuntutan khairat kematian Halo Telco. Dalam erti kata mudah, semua pelan yang berharga RM 30 akan melayakkan anda untuk mendapatkan semua faedah yang diberikan ini. Semoga panduan ini dapat membantu anda dalam proses tuntutan tersebut.

Alhamdulillah

Cara Jadi Dealer Halo Telco Secara Percuma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *