Cara Transfer Kredit Ke Indonesia di Tunetalk

Bismillahirrahmanirrahiim

Pada hari ini, saya berkesempatan untuk berkongsi tentang cara transfer kredit ke Indonesia bagi sahabat-sahabat dari Indonesia kita yang ingin berkongsi kredit telefon dengan saudara mara mereka di negara asal. Di Malaysia, warga asing Indonesia adalah antara warga yang teramai yang sedang bekerja disini demi mencari sesuap nasi. Oleh itu, bagi sahabat Indonesia kita yang menggunakan Tunetalk, ini caranya untuk transfer kredit.

Cara Transfer Kredit ke Indonesia

Caranya sangat mudah, yang mana proses tersebut harus dilakukan melalui SMS sahaja. Sila ikuti langkah-langkah dibawah untuk proses transfer kredit ke Indonesia

  1. Taip RL <kod negara Indonesia><Nombor telefon di Indonesia>. Contoh = 6285771245934
  2. Anda akan terima senarai jumlah kredit. Pilih jumlah yang anda inginkan
  3. Ikuti arahan selanjutnya dan pilih sahkan.

Secara amnya, servis caj telah dimasukkan sekali semasa pemilihan kredit yang anda ingin transfer. Contohnya jika anda memilih untuk transfer IDR 5000, caj yang dikenakan adalah sebanyak RM 3. Jika anda tukar IDR 5000 kepada RM, jumlah baru sekitar RM 1.38. Oleh itu, baki sebanyak RM 1.62 itu adalah servis caj yang dikenakan kepada anda.

Senarai Kredit Yang Boleh Ditransfer Untuk Lain-Lain Negara

Selain anda mengetahui cara transfer kredit ke Indonesia, saya sediakan sekali negara-negara lain yang berkaitan. Mana tahu anda ada sahabat-sahabat di negara lain yang ingin berkongsi kredit juga?

NEGARAJUMLAH KREDIT
IndonesiaIDR 5000 RM 3
IDR 10000 RM 5.50
IDR 20000 RM 10.50
IDR 25000 RM 13.00
IDR 50000 RM 25.50
IDR 100000 RM 51
IndiaINR50 RM 5
INR100 RM 10
INR200 RM 19
INR500 RM 47
PakistanPKR100 RM 6.50
PKR250 RM 16
PKR300 RM 19
PKR500 RM 32
PKR1000 RM 63
ThailandTHB 50 RM 8
THB 100 RM 16
THB 200 RM 32
THB 300 RM 48
THB 500 RM 80
THB 1000 RM 160
VietnamVND 10000 RM 3
VND 20000 RM 6
VND 30000 RM 9
VND 50000 RM 14
VND 100000 RM 28
VND 200000 RM 55

Kesimpulan

Saya telah menerangkan tentang cara transfer kredit ke Indonesia untuk pengguna Tunetalk Halo Telco. Proses ini akan mengambil masa yang sekejap sahaja mungkin sekitar 5-10 minit. Selepas transfer anda boleh bertanya kepada penerima kredit sama ada wang telah diterima atau tidak. Jika masih lagi belum terima selepas transaksi berjaya hubungi bahagian Khidmat Pelanggan untuk penyelesaian isu tersebut.

Alhamdulillah

Cara Buat Panggilan Antarabangsa

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *