Cara Topup Halo Telco Prepaid

Bismillahirrahmanirrahiim

Artikel kali ini saya berkesempatan untuk menunjukkan kaedah ataupun cara topup Halo Telco prepaid. Saya faham, ada ramai pengguna yang agak keliru bagaimana untuk top up menggunakan Halogo Lifestyle. Ada yang dah buat topup tapi bila tengok dalam akaun tak masuk, rupanya ter topup pada coin. Untuk top up di Halo Telco Prepaid ada dua cara iaitu melalui kod USSD , menu ataupun aplikasi. Jom tengok satu per satu.

Cara Topup Halo Telco Prepaid Melalui USSD Kod

Sekiranya anda ingin topup menggunakan kad, anda boleh sahaja menggunakan kad topup Tunetalk ya?Untuk pelanggan yang membeli baucar tambah nilai sila ikut arahan dibawah untuk masukkan 16 digit PIN tambah nilai tersebut,

  1. Dail *122* <masukkan PIN> #
  2. Klik butang panggilanĀ  untuk proses
  3. Semak semula sama ada tambah nilai yang dilakukan berjaya atau tidak sama ada di aplikasi Halogo Lifestyle ataupun dial *133#.

Cara Topup Halo Telco Prepaid Melalui Menu *111#

  1. Dail *111#
  2. Pilih nombor 2, iaitu Credit
  3. Pilih nombor 1, iaitu Top Up This Number
  4. Masukkan 16 digit pin topup dan tekan Send
  5. Semak topup berjaya atau tidak di aplikasi Halogo Lifestyle atau dial *133#

Cara Topup Halo Telco Prepaid Melalui Aplikasi Halogo Lifestyle

  1. Log masuk di dalam aplikasi
  2. Pilih Selfcare
  3. Pilih Top Up
  4. Pilih Jumlah
  5. Pilih kaedah pembayaran sama ada ewallet ataupun online banking
  6. Masukkan butiran pembayaran

Kesimpulan

Saya sudah terangkan mengenai 3 kaedah bagaimana anda ingin top up untuk Halo Telco prepaid. Proses topup biasanya akan mengambil masa dalam tempoh 15 minit paling lama. Jika masih lagi tidak masuk, hubungi Halo Telco bahagian khidmat pelanggan di nombor rasmi mereka iaitu +603-58703107.

Alhamdulillah.

Pelan Data Internet Paling Murah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *