Cara Semak Rangkaian Celcom

Cara Semak Rangkaian Celcom

Bismillahirrahmanirrahiim

Hari ini saya berkesempatan untuk berkongsi dengan anda semua tentang cara semak rangkaian Celcom. Oleh itu, sebelum anda ingin membeli simkad Halo Telco, anda boleh semak dahulu adakah kawasan anda berada di dalam liputan Celcom atau tidak. Tiada guna jika anda langgan pelan paling mahal sekalipun tetapi anda tiada liputan yang diperlukan.

Cara Semak Rangkaian Celcom

PERTAMA : Anda layari pautan ini. Sila klik disini Celcom Coverage Check dan klik pada tab Celcom

KEDUA : Anda gunakan nama kawasan anda seperti nama taman, nama flat nama kampung disusuli dengan nama jalan poskod daerah dan negeri. Jika kawasan anda sukar untuk dicari, gunakan landmark berdekatan yang tidak lebih 1 km dari kawasan anda seperti masjid, surau, sekolah atau balai polis.

KETIGA : Kawasan anda adalah yang ditandakan dengan ikon Location. Jika kawasan anda berada di dalam liputan biru dan merah, ia bermaksud anda berada di dalam liputan 4G dan juga 5G. Anda juga boleh baca penerangan yang diberikan seperti dipaparan.

Kesimpulan

Saya telah menerangkan tentang Cara Semak Rangkaian Celcom supaya anda boleh lakukan sedikit pencarian adakah kawasan anda di dalam liputan atau tidak sebelum membeli simkad Halo Telco. Diharap perkongsian kali ini dapat membantu anda dalam membeli sim yang anda ingini. Sekian terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *