Bismillahirrahmanirrahiim
Hari ini saya berkesempatan untuk berkongsi dengan anda tentang cara semak nombor pin prepaid di Halo Telco. Ianya tidak terhad kepada nombor PIN prepaid sahaja, tetapi mana-mana softpin yang disenaraikan dan boleh dibeli di dalam aplikasi contohnya PIN Astro Njoi atau pun Grab. Jom saya tunjukkan kepada anda bagaimana untuk dapatkan pin tersebut.
Cara Semak Nombor PIN Prepaid di Halo Telco
Selepas anda beli, anda akan mendapat resit yang mana pembelian berjaya tetapi anda tidak tahu dimana PIN tersebut diberikan. Jangan risau, ikuti langkah dibawah untuk ketahui caranya.
PERTAMA – Klik pada butang Services dan klik pada Transaction

KEDUA – Klik pada Halo Wallet

KETIGA : Pilih Transaksi Softpin yang berkaitan

KEEMPAT : Nombor Softpin dipaparkan dibahagian atas.

Namun, kadang-kadang terdapat ralat yang mana di dalam resit ini masih tidak menunjukkan paparan nombor PIN. Oleh itu, anda hanya perlu logout dari aplikasi dan login semula kemudian semak nombor PIN di resit. Itu sahaja.
Kesimpulan
Saya telah terangkan kepada anda tentang cara semak nombor pin prepaid di Halo Telco. Jika anda pengguna baru, pasti anda akan tertanya-tanya dimanakah nombor PIN ini telah diberikan. Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua. Sekian terima kasih.


