Bismillahirrahmanirrahiim
Artikel kali ini akan membahaskan tentang cara semak line internet di rumah. Perkara ini adalah perkara yang penting sebelum anda langgan mana-mana plan internet diluar sana. Apalah gunanya kalau anda dapat pelan yang murah yang menawarkan data sehingga 1000 GB sekalipun tetapi liputan kawasan anda tidak cantik. Jom kita baca sama-sama.
3 Cara Semak Line Internet di Kawasan Rumah
Berikut adalah tiga cara yang paling mudah untuk semak line internet di kawasan rumah anda. Saya akan jelaskan satu per satu selepas ini.
- Bertanya kepada jiran anda
- Gunakan Jendela.my
- Gunakan Network Coverage dari setiap Telco.
Langkah pertama adalah langkah yang paling mudah. Tanya jiran anda terus. Contoh jiran anda gunakan Halo Telco yang menggunakan line Celcom, boleh minta dia lakukan speedtest. Jika plan yang jiran anda gunakan unlimited speed 4G, dan bacaan sekitar 10 Mbps ke atas, maknanya line Celcom memang padu dirumah anda.
Untuk langkah kedua, jika anda jenis introvert, boleh semak di Jendela.my. Sila tekan pada semak liputan, kemudian masukkan alamat rumah anda. Jika alamat rumah anda sukar untuk dicari, boleh gunakan landmark yang berdekatan seperti nama sekolah, masjid atau pejabat kerajaan. Dibawah adalah contoh carian signal di Desa Setia Wira Kementah Kuala Lumpur.

Berdasarkan paparan diatas, kita dapat lihat Maxis dan Unifi Mobile tidak menyokong capaian 4G dikawasan tersebut. Oleh itu, pengguna disana boleh elakkan untuk menggunakan penyedia perkhidmatan dari Maxis dan juga Unifi Mobile. Buat masa ini yang terbaik untuk penduduk di sana adalah Celcom/Digi, Umobile dan Yes.
Langkah ketiga, selepas anda dapatkan semua telco yang cover untuk kawasan anda, anda boleh semak dengan menggunakan network coverage tool dari telco itu sendiri. Dibawah adalah senarai semua Network Coverage Tool dari semua telco.
- Celcom/Digi : CelcomDigi | Check Network Status in Your Area
- Maxis : Mobile Network Checker: Search the Network Status at Your Area | Maxis
- Umobile : Coverage Map – Network – Why U Mobile | U Mobile
- Unifi Mobile : Check 5G Coverage Map in Malaysia – 5G Coverage Checker
- Yes : Coverage – Yes | First to 5G
Jika maklumat dari Jendela dan juga dari Network Coverage telco semua menunjukkan hasil yang baik, barulah anda tapis lagi untuk membeli plan yang mana satu yang paling berbaloi dengan plan anda. Jika anda berada di kawasan Celcom dan ingin gunakan plan yang paling murah hanya sebagai nombor alternatif, Halo Telco ada menawarkan plan bulanan serendah RM 15 sahaja.
Kesimpulan
Saya telah menerangkan cara semak line internet di rumah. Saya harap anda tidak mengulangi kesilapan yang saya lalui iaitu saya hanya terus mencari plan yang termurah namun tidak dapat digunakan bila dirumah disebabkan tiada liputan yang baik dikawasan tersebut. Sekian terima kasih.
Alhamdulillah.