Bismillahirrahmanirrahiim
Hari ini saya akan menulis tentang cara semak coverage Maxis. Bagi mereka yang berminat untuk melanggan dengan plan di Maxis, adalah baik untuk anda semak dahulu coverage di kawasan anda supaya anda boleh menerima servis yang telah anda bayar pada tahap yang optimum. Jom kita semak satu per satu bagaimana cara untuk semak.
Cara Semak Coverage Maxis
PERTAMA : Sila layari pautan disebelah Maxis Network Map. Di dalam Map ini memberikan tiga jenis rangkaian yang boleh anda semak iaitu rangkaian 2G (telefon, SMS), 4G dan juga 5G.

KEDUA : Masukkan nama jalan, kampung atau alamat penuh di kotak carian. Nak lagi best, map dia boleh masuk koordinat. Lagi tepatlah maklumat yang diterima.

KETIGA : Lakukan filter satu persatu untuk semak semua rangkaian dari 2G, 4G dan juga 5G. Berdasarkan contoh dibawah, kawasan saya mempunyai semua liputan rangkaian. Oleh itu tiada masalah jika saya ingin menggunakan rangkaian Maxis. Titik anda adalah pada ikon lokasi.



Kesimpulan
Saya telah terangkan kepada anda cara semak coverage Maxis dengan mudah. Dengan adanya maklumat ini, ia boleh menyelamatkan anda daripada terlanggan pelan atau kontrak dengan Maxis tetapi tiada liputan dikawasan anda. Diharap artikel ini dapat memberikan informasi yang berguna kepada anda. Sekian terima kasih.