Bismillahirrahmanirrahiim
Hari ini saya akan berkongsi dengan anda semua cara reset Pin Pengesahan Halo Telco. Pin Pengesahan ini akan digunakan setiap kali anda ingin melakukan transaksi. Ia adalah satu mekanisme supaya orang yang mempunyai akses kepada akaun anda tidak boleh lakukan sewenang-wenangnya seperti membatalkan plan, membeli paln baru dan sebagainya.
Cara Reset Pin Pengesahan Halo Telco
Dibawah adalah cara untuk lakukan reset sekiranya anda tidak mengingati pin pengesahan anda. Sila rujuk panduan bergambar seperti dibawah.
Pertama : Login dan klik pada bahagian Profile

Kedua : Klik pada Account Security

Ketiga : Klik pada Update PIN

Keempat : Klik pada Forgot PIN

Kelima : Masukkan OTP yang diterima

Keenam : Masukkan Nombor PIN baru

Jika terdapat paparan seperti ini ia menunjukkan bahawa pertukaran PIN sudah berjaya.

Kesimpulan
Saya telah menerangkan tentang cara reset pin Halo Telco. Diharap perkongsian tutorial kali ini dapat memberikan nilai tambah kepada anda untuk melakukan navigasi di dalam aplikasi Halo Telco. Terima kasih kerana sudi membaca dan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua. Alhamdulillah.


