Cara Mengaktifkan iMessage di Iphone

Cara Mengaktifkan iMessage di Iphone

Bismillahirrahmanihrrahiim

Hari ini saya berkesempatan untuk berkongsi tentang Cara Mengaktifkan iMessage di Iphone. Kadang-kadang, pasti anda akan mengalami sedikit masalah semasa nak aktifkan imessage betul? Oleh itu, artikel ini dibuat khas bagi menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku ini. Jom kita semak bagaimana untuk aktifkan fungsi imessage.

Paparan Ralat Yang Keluar Semasa Pengaktifan iMessage

Secara amnya, terdapat beberapa paparan ralat yang keluar semasa pengaktifan iMessage. Berikut adalah paparan ralat yang biasa keluar.

  1. Waiting For Activation
  2. Activation is not Successful
  3. An Error Occurred during Activation
  4. Can’t Login, Check your Network Connection
  5. Unable to contact iMessage Server

Basic Troubleshooting Untuk Pengaktifan iMessage.

Berikut adalah Cara Mengaktifkan iMessage di Iphone. Sila lakukan semua langkah-langkah dibawah satu persatu.

  1. Sambungkan peranti dengan internet sama ada mobile data, hotspot atau Wifi.
  2. Update kepada OS terkini terlebih dahulu jika belum update
  3. Set kan Time Zone yang betul, sila cari Malaysia atau Singapura dengan GMT +8
  4. Off kan dahulu FaceTime dan juga iMessage
  5. Sign Out Apple ID.
  6. Off Phone
  7. Keluarkan simkad dan tunggu 5 saat.
  8. Masukkan semula simkad dan tunggu 5 saat
  9. On Phone dan pastikan signal semua okay.
  10. Semak nombor telefon yang digunakan. Klik pada Setting > Phone > My Number
  11. On Mobile Data atau Wifi
  12. Sign In Apple ID
  13. Enable iMessage / Facetime.

Selepas itu, proses pengaktifan akan mengambil masa sekitar 24 jam. Selepas tempoh tersebut, sekiranya masih tiada lambang gerigi, atau lampu hijau atau biru, berikut adalah perkara yang anda harus lakukan selain mengetahui Cara Mengaktifkan iMessage di Iphone.

  1. Hubungi Telco anda. Tidak perlu beritahu tentang masalah iMessage anda, cukup anda hanya tanya adakah terdapat masalah dengan servis SMS. Pihak teknikal akan semak, sekiranya tiada masalah, anda boleh teruskan dengan langkah seterusnya. Sekiranya terdapat masalah, sila ikuti proses yang dicadangkan oleh pihak teknikal telco anda.
  2. Jika dari side telco tiada masalah, sila hubungi pihak Apple Store untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Kesimpulan

Saya telah menerangkan kepada anda cara mengaktifkan iMessage di Iphone. Perkara ini sungguh mudah sahaja. Sekiranya terjadi masalah, barulah anda lakukan semua basic troubleshooting diatas. Diharap, perkongsian kali ini dapat memberikan sedikit input kepada anda semua. Sekian terima kasih.

Cara Refund Apple Services

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *