Bismillahirrahmanirrahiim
Artikel kali ini saya berkesempatan untuk berkongsi dengan anda cara memilih MiFi yang bagus. Ataupun mungkin anda lebih serasi dengan ayat portable Wifi. Mesti anda keliru yang manakah paling berbaloi untuk anda pilih untuk kegunaan anda. Jom kita lihat bagaimana cara untuk anda pilih MiFI yang baik sebelum anda membeli.
Harga MiFi
Secara amnya, harga MiFi bermula daripada puluhan ringgit sehingga RM 600-700 ringgit. Kadang-kadang anda lihat harga lebih mahal daripada router biasa. Oleh itu, terpulang kepada poket anda. Jangan hanya disebabkan ianya mahal dan spesifikasi yang besar anda terus pilih namun anda tidak menggunakan potensi keseluruhannya.
Cara Memilih MiFi yang Bagus.
Berikut adalah faktor-faktor yang perlu anda ambil kira sebelum membeli MiFi
Kapasiti Data : Ada MiFi yang hanya boleh support 150 Mbps sahaja dan ada MiFI yang boleh support sehingga 3.6 Gbps. Oleh itu, anda semak dahulu pelan yang anda beli. Secara amnya, di Malaysia, rangkaian 5G kita boleh mencecah sehingga 1000 Mbps dan untuk kelajuan purata pula adalah sekitar 200 Mbps. Oleh itu, jika MiFI tersebut menyokong sambungan sehingga 1 Gbps pun sudah mencukupi.
Jumlah Peranti : Anda juga harus lihat berapa banyak peranti yang anda boleh sambungkan pada satu masa. Ada yang hanya boleh sambungkan kepada 6, 12 dan sehingga 32 peranti. Jika anda hanya gunakan untuk rumah sahaja yang mana sambungan kurang dari 10 peranti, anda boleh pilih yang bersesuaian dengan anda. Apalah guna anda memilih MiFi yang boleh sokong sambungan sehingga 32 peranti tetapi anda tidak gunakannya.
Ketahanan Bateri : Antara cara memilih MiFI yang bagus adalah ketahanan bateri. Jika anda jenis kaki travel, mungkin ketahanan bateri yang tinggi sehingga 15 jam sangat-sangat penting. Namun, jika anda hanya pengguna di rumah, dengan ketahanan bateri sehingga 6 jam sudah lebih dari mencukupi. Oleh itu pastikan anda ingin gunakan dirumah atau di luar rumah.
Compatibality : Ini pun anda harus semak. Takut jenis signal yang telah diset di dalam MiFI tersebut tidak menyokong frekuensi di Malaysia. Oleh itu, anda harus betul-betul semak dengan pihak pengeluar adalah antena yang dibina boleh menerima frekuensi yang telah ditetapkan oleh MCMC di Malaysia.
Jenis Rangkaian : Ada yang hanya support 4G 4G+ atau 5G. Bagi saya sila ambil terus capaian 5G kerana sudah banyak pelan-pelan yang menyokong rangkaian 5G. Dengan adanya dual band, ia lebih baik kerana anda boleh bertukar-tukar rangkaian sekiranya sesuatu rangkaian itu congested.
Kesimpulan
Saya telah menerangkan kepada anda tentang cara memilih MiFi yang bagus. Diharap dengan panduan yang diberikan, akan membantu anda memilih portable Wifi yang sesuai dengan kapasiti keperluan anda. Bukan hanya semata-mata membeli device yang mahal tetapi anda tidak menggunakannya secara menyeluruh. Sekian terima kasih.


