Bismillahirrahmanirrahiim
Hari ini saya akan berkongsi dengan anda tentang cara lakukan penggantian simkad di aplikasi Halo Telco. Mesti anda pernah menghadapi masalah yang mana simkad anda hilang, telefon kena curi ataupun simkad anda rosak. Oleh itu jangan risau, anda boleh lakukan proses ini supaya semua info dari simkad lama iaitu nombor, pelan, kredit dan tempoh aktif akan dipindahkan ke simkad baru.
Cara Lakukan Penggantian Simkad di Aplikasi.
Berikut adalah cara bagaimana untuk lakukan penggantian simkad di aplikasi Halo Telco. Pastikan anda membeli simkad Halo Telco dari HQ atau dari rakaniaga yang sah. Sila klik link ini untuk lakukan pembelian terus daripada HQ. Beli SIMKAD.
PERTAMA : Klik Replace My SIM

KEDUA : Pilih Jenis SIM yang dibeli

KETIGA : Imbas barkod yang diterima di dalam simkad.

KEEMPAT : Klik Verify Me

KELIMA : Selepas imbas dokumen pengenalan diri semak semua maklumat dibawah.

KEENAM : Masukkan nombor dan sebab pertukaran simkad

KETUJUH : Permohonan telah berjaya dihantar.

KELAPAN : Klik tiga garis ini untuk semak status pertukaran

KESEMBILAN : Klik View My Order

KESEPULUH : Klik pada bar yang ada untuk semak status lebih lanjut

Kesimpulan
Saya telah menerangkan tentang cara lakukan penggantian simkad di aplikasi Halo Telco. Proses penggantian akan mengambil masa dalam tempoh 24-48 jam. Sila masukkan simkad dan semak signal dari masa ke semasa. Selepas ada signal cuba dial *133# untuk sahkan nombor anda. Sekian terima kasih.


