Bismillahirrahmanirrahiim
Hari ini saya akan kongsikan dengan anda semua tentang cara lajukan wifi router anda semua. Mungkin anda kadang-kadang mengalami masalah internet yang perlahan atau tidak stabil walaupun data kuota anda besar dan bandwidth yang disediakan juga cukup besar. Jangan risau artikel kali ini akan bantu anda untuk selesaikan isu tersebut.
Cara Lajukan Wifi Router
Bergantung kepada jenis router anda, anda boleh set menggunakan setting dibawah untuk mengoptimumkan kelajuan dan kestabilan router Wifi anda. Berikut adalah cara-cara yang dicadangkan oleh pakar-pakar.
Pertama : Untuk kestabilan sambungan wifi, gunakan band 2.4 GHz dan setkan kepada channel 1,6 atau 11. Ketiga-tiga channel ini dinamakan sebagai non overlapping channel yang mana ia tidak akan bercanggah antara satu sama lain. Oleh itu, ia akan menyebabkan sambungan anda lancar dan juga kelajuan internet pada tahap yang optimum. Namun jika anda tanya saya, saya lebih suka pilih channel 6 kerana ia berada di tengah-tengah dari 14 channel band 2.4 Ghz yang disediakan.
Kedua : Bagi mereka yang inginkan kelajuan yang paling tinggi, boleh switch kepada band 5 GHz dan setkan kepada channel antara 36-48. Namun jika anda tidak tahu untuk set jangan risau kerana kebanyakan router yang ada dalam pasaran akan menggunakan range channel tersebut melainkan anda sendiri tweak setting di dalam router tersebut.
Ketiga : Gunakan fungsi Bandsteering. Ia adalah satu fungsi yang mana sistem di dalam router akan tukar dari band 2.4 GHz atau 5 GHz dan sebaliknya berdasarkan jarak anda dengan router untuk memastikan sambungan anda sentiasa stabil dalam masa yang sama boleh mengoptimumkan kelajuan yang dibekalkan oleh penyedia internet.
Kesimpulan
Saya telah terangkan kaedah atau cara lajukan wifi router di rumah atau pejabat anda. Ia boleh dilakukan pada mana-mana router tertakluk kepada kapasiti router itu sendiri. Diharap perkongsian ini dapat membantu anda mendapatkan jaringan internet yang stabil daripada router anda. Sekian terima kasih.


