Bismillahirrahmanirrahiim
Hari ini saya akan kongsikan kepada anda cara kemaskini nombor TIN bagi dealer-dealer Halo Telco. Ianya penting kerana pada masa akan datang, jika anda tidak mengisi nombor TIN tersebut, berkemungkinan anda tidak dapat melakukan pengeluaran komisen pada masa akan datang. Oleh itu, sila lakukan kemaskini nombor TIN secepat mungkin.
Apa itu Nombor TIN
Tax Identification Number (TIN) adalah nombor fail percukaian anda di LHDN. Ia akan digunakan bagi tujuan merekod segala sumber pendapatan anda yang ada. Dari situlah LHDN akan tahu sama ada anda layak dikenakan cukai ataupun tidak. Nombor TIN boleh diperolehi melalui website MyTAX secara online. Anda boleh rujuk kepada website tersebut untuk informasi lebih lanjut.
Cara Kemaskini Nombor TIN di Halo Telco
Berikut adalah kaedah untuk kemaskini nombor TIN tersebut. Jika anda masih belum mengisinya, pop up peringatan akan muncul setiap kali anda login ke dalam aplikasi Halo go Partner.
Pertama : Login dan Klik Profile

Kedua : Pilih Jenis Entity. Untuk Super Partner dan juga Executive Partner, pilih Individual. Untuk Easy Go keatas pilih Business. Selepas itu tekan anak panah dan selesai.

Masalah Semasa Kemaskini Nombor TIN di Halogo Partner
Semasa lakukan kemaskini, biasanya akan berlaku masalah yang mana kemaskini tidak dapat dilakukan. Berikut adalah antara punca-punca kegagalan tersebut.
- Anda masih gunakan kod tax yang lama. Kemaskini di laman web MyTax
- Terdapat jarak pada permulaan nombor, pengakhiran nombor atau jarak antara huruf dan nombor. Jika ada buang dan rapatkan
- Anda mempunyai lebih dari satu nombor TIN. Sila rujuk kepada pihak LHDN untuk pastikan anda cuma ada satu sahaja nombor TIN.
- Anda merupakan Business Owner tetapi anda pilih Individual. Sila set kepada Business Owner
- Anda seorang tentera tetapi ID yang digunakan di LHDN tidak sama di Halo Telco. Semak dahulu di LHDN kemudian hubungi Halo Telco untuk lakukan pindaan ID
Kesimpulan
Saya telah menerangkan kepada anda cara kemaskini nombor TIN di dalam aplikasi Halogo Partner. Diharap perkongsian ini dapat memberikan sedikit manfaat kepada para rakaniaga yang baru sahaja bermula. Terima kasih kerana membaca.


