Cara Jadi Dealer Halo Telco Prepaid Percuma

cara jadi dealer halo telco prepaid

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini saya berkesempatan untuk kongsikan dengan anda bagaimana untuk menjadi dealer Halo Telco secara percuma tau. Jika dahulu untuk menjadi dealer anda harus membayar sebanyak RM 50-RM 70 untuk menjadi rakaniaga Halo Telco. Kini, tidak perlu lagi, pendaftaran adalah percuma malah anda akan dapat 3 simkad percuma untuk kongsikan dengan rakan anda.

Bagaimana Anda Menjana Wang Daripada Menjadi Dealer Halo Telco

Dibawah adalah kaedah komisen yang anda bakal terima apabila menjadi Dealer Halo Telco. Komisen akan dibayar berdasarkan pelan yang dibeli oleh pelanggan. Malah kebarangkalian yang tinggi untuk pelanggan membeli data plan setiap bulan dan anda berjaya mencipta pasif income dengan sekali jualan sahaja.

TIERPENJELASAN
110% dari jumlah jualan
25% dari jumlah jualan
32% dari jumlah jualan
40.5% dari jumlah jualan
50.5% dari jumlah jualan
60.5% dari jumlah jualan

Katakan, setiap tier mempunyai jumlah jualan sebanyak RM 1,000, maka pecahan komisen yang akan anda dapat adalah seperti dibawah.

  1. Tier 1 : RM 100
  2. Tier 2 : RM 50
  3. Tier 3 : RM 20
  4. Tier 4 : RM 5
  5. Tier 5 : RM 5
  6. Tier 6 : RM 5

Jumlah keseluruhan yang anda bakal perolehi adalah sebanyak RM 185.

Cara Jadi Dealer Halo Telco Prepaid Percuma

Dibawah adalah cara jadi Dealer Halo Telco Prepaid secara percuma.

Untuk pelanggan yang ingin naik taraf sebagai User Partner, pastikan sudah download aplikasi Halogo Partner dan pelanggan boleh ikut langkah seperti dibawah :

  1. Log masuk pada aplikasi HaloGO Partner.
  2. Klik Selfcare
  3. Klik More
  4. Klik Partnership Upgrade
  5. Pilih New Partnership > User Partner
  6. Pilih pakej naiktaraf, di Product, HaloGo User Partner Activation (Promotion)
  7. Masukkan butiran Delivery Details, sama ada ingin Self Pickup, atau Courier
  8. Semak butiran maklumat encik, dan lakukan proses pembayaran

E-resit transaksi pembayaran akan dihantar melalui emel anda, dan boleh juga semak Sales Order di bahagian My Purchase.

Untuk proses pengeposan 3 keping kad SIM akan mengambil dalam masa 1-3 hari waktu bekerja (mengikut courier kawasan anda). Kos penghantaran akan ditanggung oleh pelanggan sendiri.

Bonus Tambahan Untuk User Partner Yang Sedang Menyertai Kempen Kawan Ajak Kawan

  1. Dua pendaftaran pertama dengan langganan lebih dari RM 20 akan mendapat bonus RM 10
  2. Empat langganan seterusnya dengan langganan RM 20 keatas akan mendapat tambahan bonus RM 40.

Namun, ketika anda ingin lakukan naiktaraf ke rakaniaga, biasanya akan keluar arahan untuk lakukan pengesahan EKYC terlebih dahulu. Oleh itu jangan risau, sila lakukan terlebih dahulu proses EKYC yang mana ianya akan mengambil masa sekitar 30 min -24 jam untuk pengesahan. Selepas selesai, barulah anda teruskan dengan naik taraf.

Kesimpulan

Saya sudah terangkan tentang cara jadi dealer Halo Telco Prepaid secara percuma tanpa keluarkan apa-apa kos. Rebut peluang ini sebelum ianya ditutup. Jika anda ingin jadi dealer telco lain, percayalah paling kurang RM 100 perlu dikeluarkan untuk pendaftaran sebagai dealer. Buat masa ini Halo Telco bermurah hati untuk berikan peluang kepada anda untuk berniaga.

Alhamdulillah.

Cara Beli Plan Tunetalk di Halo Telco

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *