Cara Dapatkan Insurans Tune Talk Percuma

insurans tune talk

Bismillahirrahmanirrahiim

Artikel kali ini saya akan jelaskan cara untuk dapatkan insurans Tune Talk yang bernilai sehingga RM 50,000 secara percuma. Untungkan? Yang bestnya tiada langsung caj tambahan yang perlu dilakukan untuk mendapatkan insurans tersebut. Kalau begitu, jom kita lihat penerangan lebih lanjut tentang insurans tersebut.

Apa itu Insurans Tune Talk

Ia merupakan satu program insurans percuma yang diberikan kepada semua pengguna Tune Talk Halo Telco yang mana jika anda terlibat dengan kemalangan yang menyebabkan kematian atau kecacatan kekal pada diri anda sendiri, anda atau waris layak menerima pampasan sehingga RM 50,000 bergantung kepada situasi anda.

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat untuk melayakkan anda mendapatkan perlindungan Insurans Tune Talk secara automatik.

  1. Top up terkumpul setiap bulan minima RM 50. Tidak kisah lah anda nak top up lump sum RM 50 terus atau top up sikit-sikit dalam sebulan, janji minima RM 50
  2. Berumur 12 tahun sehingga 65 Tahun sahaja

Faedah perlindungan pula terdiri daripada situasi dibawah :

  • Kemalangan yang melibatkan kematian dan cacat kekal sahaja yang mana tuntutan sehingga RM 50,000
  • Kemalangan semasa menunggang atau menjadi penumpang motorsikal tidak layak untuk tuntutan
  • Pekerjaan yang berisiko tinggi tidak layak untuk lakukan tuntutan seperti askar dan polis
  • Aktiviti-aktiviti berisiko tinggi seperti boxing, scuba atau air diving.

Mekanisme Pengaktifan

Untuk pengaktifan nya mungkin agak keliru kerana ia mempunyai Cooling Off period selama 60 hari. Ia bermakna dalam tempoh tersebut, sekiranya berlaku situasi kemalangan, anda tidak dapat lakukan tuntuan. Secara amnya sila rujuk pada contoh dibawah.

  1. Ali Top Up sebanyak RM 50 pada bulan Januari
  2. Ali layak untuk dapatkan perlindungan pada bulan Mac
  3. Perlindungan adalah sepanjang pada bulan Mac dari 1 Mac sehingga 31 Mac

Cara Claim Insurans Tune Talk

Sekiranya anda layak untuk claim insurans tersebut, biasanya yang lakukan adalah waris kerana senario untuk claim adalah apabila anda sudah meninggal dunia atau anda menghadapi cacat kekal, cara paling mudah adalah hubungi pihak Tunetalk sama ada melalui Livechat atau call untuk kaedah tuntutan tersebut.

Dibawah saya tunjukkan cara-cara tuntutan yang perlu dilakukan.

  1. Download dan isikan semua maklumat di dalam borang yang diberikan disini
  2. Sediakan semua dokumen yang diperlukan.Senarai dokumen harus semak bersama pihak Tunetalk.
  3. Hantarkan semua dokumen ke rhbi.general@rhbgroup.com
  4. Semua proses harus dilakukan dalam tempoh 14 hari dari tarikh insiden.

Kesimpulan

Saya sudah terangkan kepada anda cara untuk dapatkan insurans Tune Talk secara percuma. Sekiranya ada benda yang percuma, selagi itu kita sebat. Hanya top up dengan RM 50 sahaja, terus layak untuk dapatkan perlindungan tersebut. Sesuai sangat kepada anda yang skeptikal dengan insurans tapi still nak dapatkan manfaat tersebut.

Alhamdulillah

Insurans Halo Telco Takaful Zuric

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *