Bismillahirrahmanirrahiim
Hari ini saya akan terangkan tentang cara daftar simkad Halo Telco. Proses pendaftaran ini sangat mudah yang mana anda hanya memerlukan IC dan juga selfie sahaja. Sebelum teruskan dengan pendaftaran, sila pastikan anda sudah muat turun aplikasi Halogo Lifestyle daripada Google Playstore ataupun Apple App Store ya? Jom kita lihat cara daftar simkad Halo Telco.
Cara Daftar Simkad Halo Telco
Peringatan. Sebelum anda lakukan pendaftaran, pastikan dokumen pengenalan diri anda tidak rosak dan tiada masalah. Gambar IC, gambar screenshot, fotostat IC, semua tak boleh ya? Harus gunakan IC original yang sebenar. Untuk pengguna Passport pula, pastikan tarikh passport masih sah. Sila ikuti langkah-langkah dibawah untuk pendaftaran.
- Buka aplikasi Halogo Lifestyle dan tekan Activate SIM
- Pilih Jenis ID dan masukkan nombor
- Isikan semua butiran yang diperlukan dan referral code masukkan CJZDHTSB
- Pilih Physical SIM atau ESIM dan imbas kod atau masukkan secara manual nombor siri sim.
- Isikan username dan password
- Imbas IC dan semak butiran yang dipaparkan
- Selfie dan berjaya.







Sekiranya berjaya proses tersebut akan mengambil masa dalam tempoh 5-10 min. Sila masukkan simkad didalam peranti anda. Anda akan lihat signal terpapar di dalam phone dan akan menerima berbagai-bagai SMS setting dari Tunetalk. Sila simpan sahaja mesej tersebut tanpa perlu buat apa-apa ya? Jika anda menghadapi masalah yang mana anda tidak boleh nak scan dokumen dan sebagainya, sila rujuk artikel ini untuk pendaftaran alternatif.
Kesimpulan
Saya telah terangkan cara daftar simkad Halo Telco melalui aplikasi Halogo Lifestyle. Jika anda sudah berjaya daftar, berikan masa tempoh 24 jam sebelum anda boleh login ke dalam aplikasi. Jika anda urgent untuk gunakan data plan, boleh subscribe plan dan topup menggunakan USSD kod *111#. Itu sahaja.
Alhamdulillah.