Bismillahirrahmanirrahiim
Untuk makluman anda semua, pendaftaran di aplikasi Tunetalk telah berlaku sedikit perbezaan yang mana anda perlu untuk melakukan pembelian plan semasa proses pendaftaran. Ya, maklumat ini ramai yang tidak menyokong kerana ada yang ingin mencuba rangkaian terlebih dahulu sebelum lakukan pembelian plan. Namun, buat masa ini, itulah yang berlaku dan anda harus mengikutinya untuk lakukan pendaftaran.
Cara Daftar Simkad di Aplikasi Tunetalk 2025.
Langkah pendaftaran SIM di aplikasi Tune Talk untuk nombor baru, adalah seperti dibawah:
1. Klik pada “Daftar Sekarang”
2. Klik pada “Daftarkan Kad SIM anda”
3. Pilih “Dapatkan Nombor Baharu”
4. Pilih jenis SIM (sama ada fizikal SIM atau eSIM)
5. Imbas barkod SIM
6. Pilih 4 digit terakhir nombor telefon
7. Pilih pakej pelan langganan anda
8. Imbas kad pengenalan
9. Imbas wajah muka
10. Semak butiran maklumat dan lampiran dokumen (pastikan dokumen sah dan jelas)
11. Masukkan maklumat e-mel dan lakukan pengesahan e-mel
12. Lakukan pembayaran pakej langganan yang dipilih
Setelah selesai, sila masukkan simkad ke dalam telefon, kemudian dail *133# untuk semakan nombor telefon baru anda. Kemudian encik/cik boleh log masuk aplikasi menggunakan nombor OTP/TAC.
Note Tambahan: Untuk pendaftaran manual, sila tunggu dalam tempoh 24/48 jam ini dan semak status di aplikasi Tune Talk, klik Sign Up Now > Check Order Status.
Kesimpulan
Saya telah menerangkan kepada anda tentang Cara Daftar Simkad Di Aplikasi Tunetalk 2025. Tidak dinafikan ramai yang tidak bersetuju dengan cara diatas. Perkara penting yang perlu anda lakukan adalah sila simpan resit transaksi pembelian plan dan elakkan untuk melakukan pendaftaran semula di aplikasi Tunetalk sekiranya gagal selepas lakukan pembelian plan. Ianya untuk mengelakkan anda daripada dikenakan caj sekali lagi apabila melakukan pendaftaran semula.