Cara Daftar Sim Halo Telco Guna Tunetalk Apps

Bismillahirrahmanirrahiim

Artikel kali ini saya akan menerangkan tentang cara daftar sim Halo Telco melalui aplikasi Tunetalk. Kaedah ini digunakan sekiranya anda mempunyai masalah semasa mendaftar melalui aplikasi Halogo Lifestyle. Kekurangan aplikasi Halogo Lifestyle adalah ia tidak mempunyai pilihan untuk hantarkan dokumen secara manual. Oleh sebab itulah anda gunakan aplikasi Tunetalk kerana ia mempunyai option untuk pendaftaran manual.

Cara Daftar Sim Halo Telco Melalui Tunetalk Apps.

Seperti biasa, anda boleh download terlebih dahulu aplikasi tersebut melalui Google Playstore atau Apple App Store. Selepas download, sila ikuti langkah-langkah dibawah bagi tujuan pendaftaran.

  1. Tekan “Sign Up Now”
  2. Pilih “Register your SIM card”
  3. Pilih “Register a SIM”, dan klik ‘Lets Begin’
  4. Pilih “Get a New Number” > Physical SIM
  5. Imbas barkod SIM
  6. Pilih 4 digit terakhir nombor
  7. Imbas kad pengenalan
  8. Masukkan butiran dan tekan Confirm
  9. Imbas wajah
  10. Pendaftaran selesai

Sekiranya anda menghantar dokumen secara manual, proses tersebut akan mengambil masa sekitar 24-48 jam. Sila masukkan simkad tersebut di dalam peranti anda. Jika anda lihat di dalam phone anda sudah mempunyai signal, ia bermaksud pendaftaran tersebut sudah berjaya. Seandainya masih lagi belum ada signal selepas tempoh 48 jam, kemungkinan pendaftaran itu gagal dan hubungi pihak Halo Telco untuk bantu semak status permohonan tersebut.

Kesimpulan

Saya sudah terangkan tentang cara daftar Sim Halo Telco melalui aplikasi Tunetalk. Gunakan kaedah ini sebagai kaedah alternatif sahaja sekiranya pendaftaran tersebut gagal di aplikasi Halogo Lifestyle. Kebanyakan user yang menggunakan kaedah ini akan menghantar permohonan secara manual dan ia memerlukan masa bagi pihak Tunetalk untuk menilai dokumen anda sebelum meluluskan permohonan.

Alhamdulillah

Cara Semak Line Internet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *